Louis Vuitton Cruise 2018 Memberi Penghormatan Kepada Budaya Jepun

Seni Bina Jepun dan Alam Semula Jadi Jepun Mewarnai Cruise 2018 Louis Vuitton

Dari kiri: Delphine Arnault, Mirai Yamamoto, Nicolas Ghesquière, dan Kansai Yamamoto

Kagum dengan elemen seni bina dan alam semula jadi di Jepun yang memukau, pengarah kreatif Louis Vuitton, Nicolas Ghesquière, telah menerbangkan koleksi Cruise 2018 jenama bersejarah kota Paris ini ke Muzium Miho. Sebuah muzium bersejarah rekaan arkitek China, I. M. Pei, yang turut mempengaruhi keputusan kreatif yang dibuat oleh Nicolas untuk koleksinya kali ini.

 
[envira-gallery id=”75231″]

It was one of the first places I traveled to when I was seeking inspiration, some twenty years ago, and I’ve been a regular visitor ever since. This collection is the culmination of what Japan has given to me for a very longtime.

 

— Nicolas Ghesquière, Louis Vuitton.

 

Koleksi yang menggabungkan elemen moden dan alam semula jadi ini juga diambil daripada kewujudan Muzium Miho sendiri yang dibina dengan konsep Shangri-La, syurga di atas bumi. Jiwa asas koleksi ini adalah evolusi daripada apa yang tradisional kepada sesuatu yang lebih moden.

See also
MCM Memasuki Era Baharu Sempena Musim Bunga 2024

 
[envira-gallery id=”75229″]

Menggunakan budaya Jepun sebagai tanda hormat kepada Negara Matahari Terbit ini, Nicolas telah menerapkan beberapa elemen seperti samurai, ukiran, lanskap dakwat, dramaturgi sinematik Kurosawa sehinggalah murung hiba unik Kitano.

 
[envira-gallery id=”75230″]

Sebagai tanda hormat kepada artis Hokusai, pantsuit berjiwa urban dan tunik berbentuk telah dihasilkan. Tidak lupa juga jalinan jersi dan baju panas kulit yang menyerupai perisai pahlawan samurai. Untuk aksesori pula topeng Kabuki menghiasi badan tas tangan dan beg kepit.

 

Koleksi Nicolas kali ini juga merupakan tanda penghargaanya kepada pereka tempatan Jepun, Kansai Yamamoto yang telah enerajui perkembangan indutri fesyen di Jepun sendiri dan telah menyumbangkan bakatnya dalam penghasilan ikon, simbol dan ukiran untuk aksesori dan tas tangan Louis Vuitton.