Sembang Fesyen: Hatta Dolmat - Glam Malaysia

Sembang Fesyen: Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Gambar: Arkib GLAM


 
Sudah lama berkarya dalam arena fesyen. Jelas setiap rekaannya masih menjadi isipadu padat sebagai rujukan pereka muda tempatan. Ketahui apakah perkembangan terbaru dia.
 
Bertuah sungguh pereka kelahiran Melaka ini serta bekas penuntut Uitm jurusan fesyen berjaya memenangi pelbagai anugerah sepanjang pembabitan dirinya dalam dunia fesyen. Antaranya adalah pemenang bagi Anugerah Young Designer, pemenang anugerah Jarum Berlian dan tempat ketiga dalam pertandingan Project Runway Malaysia.
 
Perkembangan terbaru?

Buat masa ini, saya memberi tumpuan menyiapkan koleksi terbaru bagi pentas peragaan di Festival Fesyen Islam (IFF) nanti.
 
Peranan anda dalam rancangan realiti Sunsilk Hijab Gayaku?

Saya adalah penasihat dan juri kepada 20 peserta termasuklah 10 pereka muda dan 10 peragawati. Pertandingan ini bagus kerana ia memberi peluang kepada pereka muda menimba ilmu dalam dunia fesyen sambil belajar memperbaiki keterampilan diri.
 
Pilihan siluet untuk himpunan resort tahun ini?

Bagi saya koleksi dari Louis Vuitton amat, emarik berdasarkan keringkasaannya. Selain itu, himpunan Elie Saab dan Zuhair Murad juga menepati citarasa pelanggan timur tengah.
 
Apakah signature Hatta Dolmat dalam rekaan pakaian?

See also
Willow Smith Bintang Fesyen Masa Hadapan

Sudah tentu potongan hourglass atau mermaid. Bagi saya aset seorang wanita adalah pada tubuh badan yang menarik dan perletakan perhiasan seperti batu permata mampu menyerikan penampilan mereka.
 
Rekaan idaman yang ingin dilakarkan pada suatu hari nanti?

Mungkin sesuatu yang konseptual, struktur dan dramatik seperti gaya rekaan Alexander McQueen.
 
Siapakah individu yang menjadi Inspirasi anda?

Dari zaman universiti lagi saya amat meminati Marc Jacobs. Bagi saya, rekaannya setiap musim sentiasa segar dan luar biasa. Kadang-kadang rekaan saya sendiri banyak berinspirasikan daripada Marc Jacobs.
 
Pada pendapat anda, apakah barangan fesyen setiap wanita perlu ada dalam gerobok mereka?
 
Jaket tweed Chanel, kasut baji lutsinar Michael Kors dan beg tangan Louis Vuitton.
 
[soliloquy id=”50167″]
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Januari 2014