Satu Inisiatif, Riben Biru Bakal Membanjiri Minggu Fesyen New York - Glam Malaysia

Satu Inisiatif, Riben Biru Bakal Membanjiri Minggu Fesyen New York

Dunia fesyen sudah lama mengorak langkah dan memainkan peranan mereka dalam membantu masyarakat untuk menentang ketidakadilan oleh pihak-pihak tertentu. Paling ketara adalah sewaktu Minggu Fesyen New York pada tahun yang lalu selepas pelantikan Presiden Trump.

 

Majoriti pereka fesyen di Amerika pada waktu itu enggan berdiam diri dan memastikan mesej mereka di sampaikan dengan cara yang mereka tahu dan berkesan. Melalui fesyen.

 

Untuk Minggu Fesyen New York yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ramai jemputan akan mengenakan riben biru sebagai tanda sokongan mereka kepada A.C.L.U. di bawah insiatif “Fashion for A.C.L.U.” yang dianjurkan oleh Council of Fashion Designers of America (CFDA) sendiri untuk membanteras perlakuan rasis danĀ bigotry yang semakin menular selepas perlantikan presiden terbaru mereka.

 

“Kami ingin menjadi sebahagian daripada barisan hadapan, bukan berada di tepi, untuk memperjuangkan hak dan kebebasan kami yang kini menjadi lebih penting selepas insiden menyayat hati di Charlottesville baru-baru ini,” nyata presiden dan CEO CFDA Steven Kolb. “Matlamat kami adalah untuk menyokong secara aktif setiap tindakan yang boleh membantu memajukan negara kami untuk kebaikan. Pihak A.C.L.U. sedang melakukan banyak tugas-tugas kritikal.”

See also
The Row Menampilkan Model Berusia 30 Tahun Ke Atas Untuk NYFW

 

Selain CFDA, beberapa pereka fesyen Amerika sendiri menyahut seruan ini untuk turut membantu CFDA dan juga A.C.L.U.. Antaranya adalah Diane von Furstnberg, Monse, Opening Ceremony, Derek Lam, Public School, Adam Selman, Everlane, Alice + Olivia, Narciso Rodriguez,, Prabal Gurung, Tracy Reese dan ramai lagi.

 

Usaha menggunakan riben biru ini sudah pun dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu oleh barisan selebriti seperti Ruth Negga, Emma Stone, Karlie Kloss, Lin-Manuel Miranda dan Sting yang menggunakan pengaruh mereka di atas karpet merah untuk mengetengahkan isu ini.