Rencana GLAM: Fashion Upstarts! - Glam Malaysia

Rencana GLAM: Fashion Upstarts!

Teks: Aizat Aidid

 

Jendela 2016 melabuhkan tirai dengan momen fesyen suka dan duka. Menguak tirai 2017, kelompok fesyen mengorak langkah dengan lebih bertenaga dan bugar. Semestinya ia dipenuhi dengan azam tahun baru dan lebih bermakna apabila disatukan bersama transformasi dalam hal gaya serta mencantikkan lagi gerobok fesyen yang mungkin sudah mula lapuk. Get yourself ready buat satu tahun yang lebih bermakna bersama glam!

 

Fesyen tidak bersifat kekal. Ia sentiasa berubah mengikut trend. Walau apa juga gaya peribadi anda perlu bijak dalam mentafsirkannya untuk dilihat kena dengan sifatnya. Trend datang dan pergi mengikut musim dan nyata sekali gerobok pasti akan dipenuhi dengan helaian yang tidak pernah diulang pakai. Maka, tahun baru adalah masa paling sesuai untuk melihat kembali gerobok fesyen dan kemas semula apa yang masih boleh dipakai, apa item yang boleh disimpan atau ceraian yang boleh diberikan kepada orang lain. Tahun baru adalah detik terbaik buat anda menyegarkan kembali gaya namun masih mengikut stail peribadi.

See also
Fesyen, Stail & Glamor Memenuhi Karpet Merah Anugerah Tony 2018

 

Apa yang bakal dapat kita saksikan untuk Met Gala 2017?

Apa yang bakal dapat kita saksikan untuk Met Gala 2017?

 

Mungkin masih ada yang tidak mengerti mengapa perlu mengambil masa untuk mengedit gerobok fesyen. Kita bukannya tinggal di negara yang bermusim. Pemikiran seumpama itulah yang membuatkan gerobok anda sesak dengan semua pakaian sehinggakan ada yang tidak pernah dipakai. Sejujurnya, apabila anda melakukan gerobok refresh ia terus memberikan idea yang terbaik kepada diri sendiri untuk mempelajari gaya peribadi. Mungkin selama ini ada gaya yang sebenarnya tidak kena langsung dengan bentuk badan ataupun karakter diri dan anda tidak pernah perasan. Kaji diri sendiri untuk melihat perjalanan gaya anda agar lebih matang!

 

Balenciaga kini memuncak naik selepas tugas pengarah kreatif yang diambil oleh Demna Gvasalia daripada Alexander Wang.

Balenciaga kini memuncak naik selepas tugas pengarah kreatif yang diambil oleh Demna Gvasalia daripada Alexander Wang.

 

Kebebasan Untuk Bergaya

 Nama nama yang muncul seperti Alessandro Michele, Jonathan Anderson, Demna Gvasalia dan Rosie Assoulin mencipta impak yang cukup besar dalam aliran fesyen sekarang. Kini fesyen tidak lagi bersifat senada kerana munculnya pereka fesyen yang mencabar anda untuk bereksperimen. Cuba ambil masa berdiri di hadapan gerobok fesyen anda dan melihat setiap ceraian yang pernah anda sarungkan dahulu. Adakah ia mempunyai nada yang serupa selama bertahun-tahun? Jika jawapannya adalah ya, maka detik ini juga anda perlu siap sediakan diri untuk melakukan satu eksperimen fesyen yang maksimum pada diri sendiri.

See also
Coach Lights Up Shanghai: Sinergi Jiwa Barat & Oriental

 

Dengan pemergian Dao-Yi Chow dan Maxwell Osborne sebagai pengarah kreatif DKNY, apa yang bakal berlaku kepada jenama tersebut?

Dengan pemergian Dao-Yi Chow dan Maxwell Osborne sebagai pengarah kreatif DKNY, apa yang bakal berlaku kepada jenama tersebut?

Selalunya jika anda mengambil masa untuk membersihkan gerobok, pasti ia akan memberikan satu kesan positif. Saya juga pernah melalui situasi ini. Dahulu saya sering menggayakan helaian mahupun aksesori yang berona pop, sehinggalah saya mengambil keputusan untuk meng’edit’ gerobok fesyen. Saya mengambil keputusan untuk menukar gaya secara total. Menukar penampilan dan menjadikan gaya lebih bersih sekaligus membina karakter lebih matang. Aktiviti ini memberi motivasi kepada diri. Saya sekarang lebih senang dengan pilihan rona neutral serta potongan siluet yang ringkas serta moden.

 

Kadangkala anda tidak perasaan yang gaya anda sama selama bertahun-tahun. Ini memberi efek bosan pada personaliti. Beri kejutan pada gerobok fesyen dengan menukarnya dengan isi baru dan ia akan membantu anda mencantikkan lagi personaliti peribadi. Saya sendiri percaya yang karakter sewajarnya berjalan dengan gaya peribadi. Maka jangan terasa hati jika orang lain melayan anda dengan cara yang berlainan dek kerana gaya yang anda sampaikan kurang mempelawa orang lain untuk mendekati anda.

See also
3 Fesyen ‘NEWS’ Terkini Mesti Tahu