Pengarah Artistik Wanita Pertama Dior Menawan Hati Dunia Fesyen Sekali Lagi - Glam Malaysia

Pengarah Artistik Wanita Pertama Dior Menawan Hati Dunia Fesyen Sekali Lagi

Foto: Yannis Vlamos/Indigital.tv

Foto: Yannis Vlamos/Indigital.tv

Ikutan debut yang berjaya buat pengarah artistik wanita yang pertama buat Dior untuk koleksi Musim Bunga 2017 dengan statement feminis, Maria Grazia Chiuri berjaya menawan hati peminat-peminat fesyen sekali lagi dengan koleksi Pre-Fall 2017.

 

Tatkala Dior membuat persiapan untuk menyambut ulangtahun ke-70 mereka, pereka yang berasal dari Itali ini nampaknya mengembangkan lagi visinya melalui koleksi kali ini dengan memberi fokus kepada golongan muda.

 

Maria yang baru sahaja berpindah dari Rom ke Paris pada tahun lepas masih lagi sedang mencuba untuk menghayati suasana bandar Paris yang nampaknya diterapkan ke dalam koleksi kali ini.

 

“Christian Dior merupakan jenama Paris, jadi anda perlu merasakan atitud yang wujud dalam kota ini. Anda boleh berpakaian seperti yang anda mahukan, dan meluahkan perasaan anda. Saya merasakan tenaga kebebasan dalam kota ini,” terang Maria.

 

Koleksi Dior kali ini menerapkan gaya yang dahulu dan yang baru, yang sudah digilap dan yang masih mentah, dan keaslian rumah fesyen ini masih lagi dapat dilihat cuma diberikan sentuhan yang lebih moden.

See also
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. Valentine's Day

 

“Saya sukakan elemen warisan, tetapi pada masa yang sama saya mahu menggunakannya dalam cara yang kontemporari, kerana hakikatnya fesyen bersuara mengenai sekarang, dan gaya hidup kita memang berbeza. Wanita pada zaman 50-an tidak bekerja. Ianya sebuah kisah yang berbeza,” Maria menyatakan lagi.

 

Maria ingin memastikan dalam usahanya mengekalkan warisan Dior dia masih mampu untuk menterjemahkan warisan tersebut dengan gayanya sendiri supaya Dior boleh mengikut peredaran zaman dan peredaran dunia fesyen.

 

[envira-gallery id=”60499″]