Gadis Ini Definisi Classy Chic - Glam Malaysia

Gadis Ini Definisi Classy Chic

Olivia Palermo has the best of both worlds: looks and intelligence!

 

Graduan The New School New York ini mula menjadi buah mulut percakapan golongan elit Amerika selepas lakonannya dalam rancangan realiti The City pada tahun 2009. Beliau juga tidak asing menjadi tumpuan lensa paparazzi kerana gaya jalanannya yang chic serta pengaruhnya dalam dunia fesyen antarabangsa.

 

 

Pada tahun 2009 juga, Olivia juga menjadi model naungan Wilhelmina Models, sebuah agensi model gergasi di Amerika. Beliau telah menghiasi beberapa majalah ternama seperti Marie Claire UK, Tatler, ASOS dan Elle Mexico.

 

https://www.instagram.com/p/BL9dYWLj-rY/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

Olivia pernah menjadi wajah kepada beberapa kempen periklanan, yakni Hogan dan Mango bersama suaminya, Johannes Huebl pada tahun 2010. Pengaruhnya dalam dunia fesyen membuka ruang baginya untuk menjelajah bidang yang dipilihnya itu.

 

https://www.instagram.com/p/BJYRAhmBqlK/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

Beliau pernah dijemput oleh Stuart Weitzman untuk mereka sepasang kasut bagi jualan amal. Olivia juga pernah menjadi hakim jemputan bagi rancangan Britain & Ireland’s Next Top Model. Pada tahun 2012, model berketurunan Itali-Amerika ini dinobat sebagai Best Dressed New Yorker oleh Page Six.

 

See also
Fantasi Di Dolce & Gabbana

https://www.instagram.com/p/BHUzYjuBaI7/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

https://www.instagram.com/p/BCFjj0SIXlB/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

https://www.instagram.com/p/BBSYjoToXir/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

https://www.instagram.com/p/-unLkooXjb/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

https://www.instagram.com/p/42HFdFIXky/?taken-by=oliviapalermo&hl=en

 

Oleh: Aizat Azman Shah