Naomi Campbell Mengenakan 3 Dress Sewaktu Perkahwinan Rakannya - Glam Malaysia

Naomi Campbell Mengenakan 3 Dress Sewaktu Perkahwinan Rakannya

Tiada siapa boleh mengatasi Naomi CampbellNot even if it’s your wedding.

 

Hujung minggu yang lalu Campbell telah terbang ke Lebanon untuk menghadiri majlis perkahwinan kawannya, Carol Sabaggha dan sepanjang majlis itu supermodel itu boleh dilihat telah mengenakan tiga dress yang berbeza untuk hari isitimewa itu.

 

Majlis perkahwinan yang diadakan di Chateau Rweiss terletak di sebuah pekan kecil di Lebanon, Chnaniir turut dihadiri oleh nama-nama besar seperti Tamara Ralph dan model Victoria’s Secret Izabel Goulart.

 

Dress pertama yang dikenakan oleh Campbell adalah dress biru turquoise one-shoulder dengan potongan tinggi bahagian kaki daripada koleksi adi busana terbaru Ralph & Russo.

 

Class of #TxC2017 ⚡️ #teambride #lebaneseweddings #mandyistolethisfromyou

A post shared by Giovanina Atieh (@giovanination) on

Untuk upacara utama perkahwinan itu, dia telah mengenakan dress keduanya adalah dress berona biru muda dengan perincian perak.

 

Pada waktu malamnya pula, Campbell mengakhiri malam itu dengan dress hitam dan merah bersulam rekaan pereka tempatan, Hussein Bazaza.

See also
Kempen Horse and Carriage Buka Lembaran Musim Bunga 2022 Coach

 

She came , she saw , she conquered In @husseinbazaza #FW18 ❤️ @iamnaomicampbell

A post shared by حسين بظاظا (@husseinbazaza) on

 

Divine @iamnaomicampbell by the most talented @shamekhbluwi ❤️

A post shared by حسين بظاظا (@husseinbazaza) on