Modern Marie Antoinette Membuat Kemunculan Dalam Filem Pendek Fendi - Glam Malaysia

Modern Marie Antoinette Membuat Kemunculan Dalam Filem Pendek Fendi

Untuk menampilkan koleksi Musim Bunga/Panas ‘17 dan juga Pra-Luruh ‘17 mereka, jenama fesyen Fendi telah mengeluarkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Girl’s Secret’ arahan pengarah Perancis, Rebecca Zlotowski.

 

Filem pendek yang berkonsepkan Marie Antoinette — mendiang permaisuri terakhir Perancis dan Navarre –yang juga merupakan inspirasi untuk koleksi Musim Bunga/Panas ‘17 Fendi turut menampilkan pelakon Perancis Sigrid Bouaziz dengan interpretasinya sendiri mengenai konsep ini.

 

Foto: Fendi

Menggambarkan gaya hidup kontemporari ‘Queen of France’ waktu kini, filem ini mengikuti Sigrid, sebagai Marie Antoinette moden, bersama teman-teman wanitanya bersuka ria tatkala waktu malam di sekitar kota Paris.

 

Foto: Fendi

Sambil merahsiakan identiti sebenarnya, Sigrid boleh dilihat merayau di sekeliling Paris sambil dikelilingi oleh suasana feminin dan meriah dengan sentuhan feminin FENDI, kawaii techno, dan juga unsur gaya hidup kurun ke-18 yang menarik.

 

Saksikan video penuh Girl’s Secret di bawah:

 

See also
Dance with GLAM!