Millennial It-Girl: Wan Nur Syaira Omar - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Wan Nur Syaira Omar

 

Gadis fesyen Kuala Lumpur mana tidak kenal akan Wan Nur Syaira Omar? Jelitawan bernafas misteri ini sering menjadi buah mulut bukan sahaja kerana gaya peribadi Parisian Chic beliau yang senantiasa stail-ish, rupawan ini juga merupakan seorang pelajar tahun akhir pengajian perakaunan di salah sebuah universiti terkemuka di Melbourne, Australia. A real beauty with real brains, she is!

 

Kenali si ayu ini bersama GLAM!

 

1. Bagaimana rutin harian anda? 

Saya akan bangun dan ambil segelas air suam, kadang kala dengan sepotong lemon. Kemudian, saya akan ke kamar stim selama 20 minit. Sejurus itu, saya akan pulang ke rumah dan bersiapuntuk ke universiti. In between, saya akan pergi berkopi bersama teman-teman sekelas atau walk around sambil mendengar muzik. Saya akan pulang ke rumah semula pada petang hari dan masak dinner sendiri. Sebelum tidur, saya akan berlatih berbahasa asing (bahasa Perancis).

 

2. Pembelian yang anda paling menyesal? 

See also
"BETTA" oleh Tsyahmi

Mungkin bukan sebarang pembelian, tetapi pelaburan yang buruk. Saya pernah melaburkan wang pukal yang banyak kepada seorang tukang jahit yang telah memusnahkan kebanyakkan fabrik kepunyaan saya.

 

 

3. Di mana anda lihat dirimu dalam jangka 10 tahun?

Stabil dari segi kewangan dan dapat memberi ibu bapa saya peluang untuk melancong ke seluruh dunia, di samping seeing the finest things in life.

 

4. Holy Grail makeup item?

Lip balm. Lip balm merupakan item paling penting buat saya. Saya gemarkan Sugar Lip balm dari Fresh serta Coconut Lip Balm dari Glossier. 

 

 

5. Nasihat paling bernilai?

When giving gifts, give something you cherish, not just something you wanna get rid of. Sincerity is the kindest form of gift.

 

6. Apakah erti “cinta” bagi anda?

The willing exchange of soul.

 

 

7. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?

Saya akan berada di kota Paris, sambil menikmati teh dan macaroon. But soon, I would do that.

 

See also
Longchamp Hadirkan The Box-Trot Dalam Keberagaman Segar

8. Wangian kegemaran? 

Vanilla Madagascar.

 

 

9. Satu trend fesyen yang patut lenyap?

Tiada trend fesyen patut lenyap — semua orang patut gayakan personaliti tersendiri.

 

10. Staple item in your wardrobe?

I’m a sucker for silk. Sama ada dress, camisole, mahupun skarf.

 

 

11. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?

Banyakkan air, jus hijau sekali sehari dan mask rambut dua kali seminggu. 

 

12. Rona gincu kegemaran?

Nude kemerah-merahan.

 

 

13. Any guilty pleasures?

Manisan cokelat dari Royce.

 

14. “Saya paling gembira tatkala…”

Tatkala orang di sekeliling saya gembira.

 

Oleh: Aizat Azman Shah