Millennial It-Girl: Raz Lyana Razlan - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Raz Lyana Razlan

 

Millenial It-Girl kembali bersama Raz Lyana Razlan! Dengan raut wajah unik dan gaya peribadi signaturnya bak model off-duty, gadis stail-ish ini sering dilihat di acara-acara fesyen! Mana tidaknya, beliau merupakan pelajar jurusan Dagangan Visual Fesyen dan Penjenamaan di salah sebuah sekolah fesyen termasyur dunia, London College of Fashion.

 

Seorang penggemar percutian, gadis berusia 20 tahun ini bijak mengatur gaya yang senantiasa bersinonim tres chic dalam apa jua look — dari gaya musim perayaan dan ketika bercuti di kota-kota metropolitan Eropah, hinggakan ke lunch meet-up bersama rakan-rakan — Raz Lyana tidak pernah mengecewakan dari segi sentuhan penampilannya sebagai seorang gadis fesyen.

 

Psst! Tatkala kelapangan masa, rupawan ini akan mereka ceraian denim custom-made  sealiran dengan trend-trend yang muncul semula di radar fesyen! GLAM mengintai kehidupan bergaya gadis berkelahiran bulan Amethyst ini!

 

1. Prinsip kehidupan yang anda pegang? 

“Be good, do good & good will come to you.”

 

See also
Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal

2. Satu ikon atau idola dalam hidup anda?

Mufti Menk, saya gemar mendengar ceramahnya di YouTube.

 

 

3. Apakah fesyen signatur atau stail peribadi anda?

Denim dan kaca mata hitam — I have a big range of them! Saya sering gayakan helaian denim dalam pelbagai cara dan kaca mata hitam berbagai-bagai jenis turut menjadi trademark fesyen saya!

 

4. Nasihat paling bernilai?

“Verily with hardship, comes ease”.

 

 

5. Apakah “cinta” bagi anda?

Bagi saya, cinta adalah sesuatu perkara anda temukan apabila masa berlalu, it doesn’t come to you instantly. Anda perlu belajar untuk mencintai  dan menerima cinta. Anda perlu mempercayai cintau dan perlulah beri yang terbaik untuk mencintai sesuatu atau seseorang. Love is hard work & the hard work is what makes love beautiful.

 

6. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?

Oh god, saya mungkin sedang melakukan A-Levels di Malaysia dan meneruskan pelajaran dalam pengajian perniagaan — most probably giving up in fashion!

 

See also
10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018

 

7. Wangian kegemaran? 

Coco Noir dari Chanel, always!

 

8. Satu trend fesyen yang patut lenyap?

Nothing, jika anda boleh gayakan dengan baik, work it! There’s always a way to make a trend look good.

 

 

9. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?

Pada siang hari, saya semestinya perlukan toner Glow Tonic dari Pixi, pelembap Garnier buat sunblock harian dan kemudiannya pelembap Vitamin E dari The Body Shop.

 

Buat perihal mekap pula, saya akan mulakan dengan primer dari Smashbox, kemudiannya saya akan menggunakan pensil dari Nudestix buat alis mata dan buat kelopak mata, hanya pembayang tona basic dari palet Modern Renaissance oleh Anastasia Beverly Hills. Saya hanya akan gunakan concealer untuk menyembunyikan eyebag — palet Colour Corrector dari Nyx dan concealer Fit Me oleh Maybelline. Buat bronzer pula, saya gemarkan Hoola dari Benefit dan pemerah pipi Nars dalam rona Orgasm. Saya akan akhiri dengan highlighter dari Nars dan sebagai pelengkap look, maskara Dior Iconic Mascara. Gincu pilihan harian? Morocco dari Nars!

See also
Tertarik Kepada Wanita Lain, Punca Liam Hemsworth Dan Miley Cyrus Berpisah?

 

Di malam hari, saya akan menanggalkan dan mencuci segala persolekkan dan seterusnya, calitan pelembap Rose Oil dari Pixi dan gel aloe vera natural.

 

10. Where is your favourite place to escape to?

[Muzium] Tate Britain di London merupakan escape zone saya. Ia merupakan sebuah muzium seni yang cukup mempersonakan, but what I love most is this really big, empty hall they have. Really gives you space to think.

 

 

11. Jika anda boleh bertukar wardrobe dengan seseorang, real atau fiksyen, siapakah ia?

Chiara Ferragni!

 

12. Apakah erti seorang wanita bagi anda?

Wanita bagi saya membawa erti seseorang yang tabah, tetapi lembut, berdikari apabila bersendirian, berdedikasi di samping passionate. Kami juga diberi amanah dan tanggungjawab untuk memberi semangat kepada kesemua kaum Hawa lain di sekeliling!