Millennial It-Girl: Ofiellia Iskandar - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Ofiellia Iskandar

 

Berbintangkan zodiak Aries, gadis jelita berusia 24 tahun ini bukan nama baharu dalam perbualan soal fesyen dan kecantikan tempatan. Ofiellia Iskandar sering dilihat mengenakan rona-rona natural, dan gemar bermain dengan ilusi warna pastel bagi melengkapkan stail tres chic yang bersinonim dengannya!

 

Berasal dari nadi ibu pertiwi, Kuala Lumpur, jelitawan ini juga gemar kongsikan tips kecantikan seperti perihal mekap serta dandanan go-to hariannya di laman YouTube. GLAM tertanya-tanya bagaimana Ofiellia senantiasa berketerampilan rapi walaupun dibelenggu kehidupan di menara gading RMIT, Melbourne!

 

Intai kehidupan si ayu ini bersama GLAM!

 

 

1. Apakah fesyen signatur  atau stail peribadi anda?

Saya gemarkan stail ringkas namun tetap chic.

 

2. Satu ikon atau idola dalam hidup anda?

Amal Clooney.

 

 

3. Pembelian yang anda paling menyesal? 

Sepatu ballerina berkulit patent dari Valentino. They may look gorgeous but they are super uncomfortable!

 

4. Nasihat paling bernilai?

See also
8 Koleksi Fesyen Tahun Baru Cina Yang Glamor

Kegembiraan merupakan pilihan, segala yang lain hanyalah sudut perspektif ianya dilihat.

 

 

5. Staple item in your wardrobe?

White wide leg pants.

 

6. Any guilty pleasures?

Saya gemar leka menonton rancangan Keeping Up With The Kardashians (KUWTK), tanpa rasa bersalah! Saya bukanlah seorang yang sering menonton rancangan realiti di TV, tetapi KUWTK merupakan pengecualian!

 

 

7. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?

Rutin kecantikan saya sangat ringkas — saya akan bermula dengan pencuci muka, saya gunakan dari jenama Cetaphil. Kemudian, saya akan sapukan toner dari Caudalie, di samping serum dan pelembap. Saya akan gunakan mask muka tiga hingga empat kali seminggu, atau pun jika perlu.

 

8. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?

Kemungkinan saya akan berada di United Kingdom, menduduki tahun ketiga jurusan Economics, dan bukan di Melbourne seperti status quo.

 

 

9. Rona gincu kegemaran?

Gincu kemasa matte dari Huda Beauty dalam rona Bombshell!

See also
Kad Platinum American Express Keluli Dilancar Buat Kali Pertama

 

10. “Saya paling gembira tatkala…”

When I’m snuggled up in bed, bersama buku atau rancangan televisyen yang menarik, atau ketika di pantai. Saya amat gemarkan nada tenang tiupan angin laut serta degupan ombak menggilap pantai.