Millennial It-Girl: Aimee Song - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Aimee Song

Kenali Aimee Song; blogger, ikon fesyen dan usahawan.

 

 

Aimee Song merupakan seorang blogger terkenal, apabila berbual tentang fesyen. Kini, blog Aimee menerima lebih 2 juta kunjungan setiap bulan. Beliau juga aktif di lama sosial Instagram, dengan ikutan lebih 4.5 juta yang gian melihat Aimee living the jetsetter life.

 

 

Beliau sering diterbangkan ke lokasi percutian eksotik yang hanya boleh dijadikan impian ramai. Aimee juga mempunyai rangkaian aksesori dan koleksi baju rekaannya sendiri. Menjadi salah seorang perintis dunia blogging, Aimee mendokumentasi hampir seluruh kehidupannya dalam blog itu, dari percutian bersama yang tersayang, gaya peribadinya yang unik serta hasil kerja penghiasan dalaman rumah. 

 

 

Aimee bermula berjinak-jinak dalam dunia blogging pada tahun 2008, ketika sedang di salah sebuah universiti di kota San Fransisco. Pada awalnya, blog beliau hanyalah untuk mengongsi idea dan pendapat tentang minat beliau. Aimee kemudiannya melancarkan blog khas buat fesyen dan gaya peribadinya. 

See also
Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein

 

 

Selain menjadi antara ikon tersohor dunia blog fesyen, Aimee juga mempelbagaikan specialty beliau dengan melalui koleksi aksesori ringan serta pakaian beliau yang dinamakan Two Songs. Rangkaian aksesori Aimee becirikan gelang tangan emas bersama batuan berharga. Label Two Songs milik beliau itu pula memberikan feel gadis California dan dihasilkan di Los Angeles. 

 

 

Beliau telah menempa nama tersendiri dalam dunia fesyen. Aimee pernah ditemu ramah oleh bebagai-bagai majalah dan akhbar ternama seperti The New York Times. Aimee juga turut berkolaborasi dengan jenama-jenama gergasi seperti Levi’s dan 7 For All Mankind. 

 

 

Dengan beatus-ratus hasil kerja beliau yang menjadi buah mulut ramai, Aimee Song may be a household name, but she is just getting started!