Michelle Obama Muncul Kembali Di Khalayak Ramai - Glam Malaysia

Michelle Obama Muncul Kembali Di Khalayak Ramai

 

Sejak meninggalkan jawatannya sebagai First Lady of the United States (FLOTUS), Michelle Obama terus hilang dari radar. Namun, beliau telahpun kembali menjadi percakapan ramai apabila beliau tampil ke Anugerah ESPY 2017 baru-baru ini. Topik yang paling heboh sekali? Her sense of style of course! 

 

Michelle muncul di atas pentas anugerah tersebut bagi memberi penghormatan kepada Eunice Kennedy Shriver, yakni pengasas Special Olympics. Ketika memberikan ucapan buat Eunice, yang diberikan Anugerah Keberanian Arthur Ashe, para penonton acara tersebut bersorak serta memberikan tepukan gemuruh kepada Michelle atas kata-kata beliau yang terus menusuk qalbu mereka.

 

Michelle juga diimbas spotlight kerana penampilan beliau yang tidak kurang defini glamor! Beliau menyarungkan dress hitam berkolar asimetri rekaan Cushnie et Ochs serta bersepatu tumit tinggi berkemasan kulit patent. Dress tersebut kelihatan sungguh elegan apabila digayakan Michelle, walaupun di bahagian lehernya memberikan feel avantgarde. Michelle turut menggayakan aksesori ringkas, iaitu anting-anting dari Jennifer Fisher.

See also
Pin-Up Girl: Ilham Primadona

 

Mungkinkah isteri kepada Presiden Amerika Syarikat ke-44 ini memberikan makna baru kepada trend little black dress?