Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis - Glam Malaysia

Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis

Untuk meraikan ulangtahun ke-70 rumah fesyen lagenda Perancis Dior, Musée des Arts Décoratifs bakal mengadakan pameran besar-besaran yang akan bermula pada 5 Julai ini sehingga 7 Januari 2018.

 

Pameran ini ibarat satu pengembaraan memori buat pengunjung bermula pada detik House of Dior ditubuhkan oleh pengasas Christian Dior dan legasinya sehinggalah kepada hasil karya couturiers yang mengambil alih rumah fesyen tersebut seperti Yves Saint Laurent, Gianfranco Ferré, John Galliano, Raf Simons, sehinggalah ke pengarah kreatif wanita pertama Dior, Maria Grazia Chiuri.

[envira-gallery id=”67481″]

Lebih daripada 300 gaun adi busana telah terpilih untuk pameran ini — yang bertarikh sejak 1947 sehingga kini — untuk memastikan pengunjung mengetahui kisah, emosi, kaitan untuk setiap satu gaun-gaun ini serta inspirasi penghasilan mereka.

[envira-gallery id=”67476″]

Selain itu, pameran ini juga turut mempamerkan foto-foto fesyen, dokumen seperti ilustrasi rekaan, lakaran asal, nota pereka dan juga aksesori yang digunakan untuk setiap ceraian istimewan ini.

See also
Elsa Hosk Teruskan Trend Rambut Bob!

 

Pameran istimewa ini juga menggambarkan peribadi Christian Dior sebagai seorang yang sangat berpengetahuan mengenai dunia seni yang mempunyai pengaruh besar dalam penghasilan adi busana rekaan Dior.

 

Dalam ruangan bersaiz 3,000 meter persegi ini, kurator muzium  Florence Müller dan Olivier Gabet menyusun setiap ceraian pameran mengikut aturcara kronologi dan bertema untuk menunjukkan perubahan yang Dior telah alamai melalui pimpinan kreatif oleh enam pereka yang berbeza selepas Christian Dior sendiri.

[envira-gallery id=”67478″]