Laporan GLAM: Fresh Takes Fesyen Berjiwa Moden

Laporan GLAM: Fresh Takes Pra-Musim Luruh 2018

5 of 5

GIVENCHY

Ini merupakan koleksi pra-musim pertama buat Clare Waight Keller sejak menjadi Pengarah Kreatif Givenchy. Langkah pertamanya adalah untuk membawa rekaannya ke negara kelahirannya yakni England dan merakam setiap ceraian di sebuah banglo yang terletak di Kent. Melalui koleksi ini Waight Keller mahu mencipta gerobok yang tidak berjantina. Setiap ceraiannya mempunyai nilai feminin dalam nada yang maskulin. Rekaan siluet dibiarkan besar dipakaikan dengan ceraian dress midi mencipta elemen gaya power dressing era 80-an. Pilihan rona seperti biru elektrik, merah dan gambar digunakan untuk menghargai Hubert de Givenchy.