Lady Dior Eksklusif Sempena Pembukaan Butik Suria KLCC - Glam Malaysia

Lady Dior Eksklusif Sempena Pembukaan Butik Suria KLCC

dior-klcc-mini-ld_hr

 

 

Sebuah rekaan eksklusif tas tangan ikonik Dior, yakni Lady Dior mini telah dibuat khas bagi menyambut pembukaan baru butik jenama gergasi itu di Suria KLCC buat klien mereka di Malaysia pada 1 Disember 2016. Aksesori itu hanya akan ditawarkan di butik tersebut.

 

Tas tangan Lady Dior mini ini disaluti kulit berona merah jambu bersama sulaman labuci dan bertatahkan mutiara bak taman bunga yang indah. Jumlah yang amat terhad akan ditawarkan iaitu hanya 30, dan kesemuanya mempunyai plat yang diukir edisi terhad di bahagian dalam.

 

Tas tangan yang senantiasa menjadi simbol dan status kemewahan itu dilahirkan pada tahun 1995. Namanya sempena Puteri Wales, Diana yang tidak pernah terpisah dengan beg kesayangannya itu. Walaupun sudah lebih 20 tahun di arena tas tangan designer, aksesori ikonik itu tetap menjadi kebanggan yang dijulang jenama fesyen Perancis itu.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

 

 

See also
DATUK SERI SITI NURHALIZA