Koleksi S/S 18 Michael Kors Ibarat Sebuah Percutian

Koleksi S/S 18 Michael Kors Ibarat Sebuah Percutian Chic

Himpunan Michael Kors Collection Musim Bunga 2018 Adalah Perihal Percutian Mewah Yang Cukup Menenangkan

 

Michael Kors bersama Sara Bareilles
Foto JP Yim/Getty Images for Michael Kors

Teks: Yana Baharudin

Berada dalam perkarangan dewan Spring Studios sewaktu pementasan sebentar tadi disuntik dengan satu perasaan yang cukup selesa, calm dan tenang. Set pentas iaitu laluan catwalk yang direka dengan kayu yang dicat putih beserta kerusi kanvas yang sama menghiasi kebanyakan persisiran pantai-pantai mewah. Tambahan, simbahan cahaya matahari terik dari luar dinding kaca lalu terbiasnya awan biru umpama sudah berjanji untuk sama-sama meraikan himpunan musim bunga ini.

 

[envira-gallery id=”71382″]

Pentas dibuka dengan dress pendek beserta shawl yang meriahkan dengan teknik tie&dye merah jambu bersama beg anyam kulit. Khabarnya, koleksi ini juga merupakan kesinambungan pengembaraan Kors melalui himpunan Resort yang lepas. Disebab itu,  ia sengaja diselitkan dengan unsur gaya dan potongan yang seakan sama dari koleksi lepas. Skirt inspirasi sarong, kimono dan pajama yang dikatakan dapat menghembus attitude yang lebih relaks dibalas dengan suntikan maskulin, blazer oversized yang lebih laid-back. Ini seiring dengan kunci gaya kekuatan Kors iaitu feminin bertemu maskulin hampir untuk kesemua looknya. Dia mahu setiap rekaan kasual juga masih relevan untuk digayakan ke pejabat. Juga, helaian glamor masih dapat dimadukan untuk acara kasual. Seperti seluar lebar labuci dari motif daun palm ini yang digayakan bersama kemeja putih polos dan disudahi hanya dengan memakai selipar!

See also
PINK POWER! 5 Produk Warna Pink Yang Hangat Sekarang

 

Ceraian kegemaran Michael Kors sendiri untuk koleksi S/S 2018:

[envira-gallery id=”71383″]

Muzik latar catwalk oleh Sara Bareilles dan band. 
Foto JP Yim/Getty Images for Michael Kors