Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. Valentine's Day

Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. Valentine’s Day

Teks: Yong Sufia 

 

KISAH CINTA FENDI DI BULAN FEBRUARI 

 

Valentine’s Day bakal tiba Februari ini, Fendi meraikan Hari Kekasih dengan cara yang paling chic dengan koleksi kapsulnya yang penuh romantik buat lovebirds di luar sana. Koleksi St Valentine’s Day 2018 ini meraikan Hari Kekasih dan perasaan cinta dengan pemilihan istimewa aksesori mereka. Koleksi ini juga memberikan tumpuan kepada sifat-sifat romantik dan percintaan tanpa hilang esen mewah dan estetik Fendi.

 
[envira-gallery id=”76999″]

Tas Mon Trésor mini bucket adalah ibarat terjemahan cinta  dalam bentuk yang unik dan disaluti oleh rona pastel lembut, ibarat deklarasi “be mine!” oleh pasangan kekasih diluar sana.

 

Perkataan love pada tali tas tangan yang ikonik ini dilengkapi dengan perincian quirky studs berona merah. LOVE dihiasi menggunakan lapisan multicolour inlays dan mini studs menghasilkan impak 3d. Sentuhan hi-tech diberikan oleh pemacu kilat USB praktikal pada klip logam musim bunga.

See also
5 Perkara Luar Biasa Harus Cuba di Yogyakarta!

 
[envira-gallery id=”76998″]

Charm pom-pom simbol cinta berbentuk hati menghiasi pada tas tangan mereka mengunakan faux fur dengan renda kulit yang dilengkapi  dilengkapi oleh scalloped edging dan studs mini. Sebuah charm Bag Bug direka khas mengunakan bulu berona merah untuk melengkapi koleksi romantik ini.

 

Temui Koleksi Kapsul St Valentine, yang terdapat di butik Fendi seluruh dunia dan juga di fendi.com bermula Februari ini! #FendiLoves