Koleksi Adi Busana Maison Margiela Dengan Suntikan Media Sosial - Glam Malaysia

Koleksi Adi Busana Maison Margiela Dengan Suntikan Media Sosial

Selepas kontroversi yang melanda pereka fesyen John Galliano pada tahun 2011, beliau menyepikan diri daripada perhatian khalayak umum dan mengambil alih jawatan pengarah kreatif di Maison Margiela pada tahun 2014 dan John meneruskan misinya untuk mengelak sebarang interaksi dengan dunia media sosial.

 

[envira-gallery id=”61222″]

Rekaan John untuk koleksi Adi Busana Musim Bunga 2017 Maison Margiela kali ini nampaknya mempamerkan gaya ‘signature’nya dalam menghasilkan pakain ibarat dibuat separuh jalan dan digabungkan dengan pelbagai material yang berlainan untuk menghasilka rupa yang dramatik.

 

[envira-gallery id=”61223″]

Selain itu, koleksinya kali ini juga merupakan usaha John dalam bersuara mengenai ‘anonymity’ yang boleh dicapai melalui laman media sosial dan oleh kerana itu terdapat model-model yang memperagakan koleksinya dengan muka mereka dikaburi dengan kain, topeng, topi dan juga solekan yang dramatik. Antara sebab John Galliano menyertai Maison Margiela adalah kerana rumah fesyen tersebut menjaga ‘anonymity’ pereka-pereka mereka.

See also
Brad Pitt Bersuara Buat Kali Pertama Selepas Perceraiannya

 

[envira-gallery id=”61224″]

Tambahan kepada kebolehan John untuk menghasilkan kesemua rupa dalam koleksi dengan struktur yang tampak kontemporari dia juga berjaya menerapkan mesej tersorok ke dalam koleksi ini.

 

[envira-gallery id=”61225″]

Dengan rupa terakhir koleksi ini yang menampilkan seorang model berpakaian serba hitam yang mengaburi rupa bentuknya sebagai perumpamaan bahawa manusia kini boleh mengubah siapa diri mereka di laman medial sosial menekankan lagi mesej yang John ingin sampaikan mengenai dunia Internet sekarang.

 

[envira-gallery id=”61226″]

“Koleksi ini adalah berkenaan tambahan filter-filter tetapi juga mengenai membuang filter-filter tersebut dan berkongsi dalam berhubung dengan komuniti, menjadi sebahagian daripada sebuah kesatuan dan juga mencari kaitan menerusi emosi bersama yang berakar umbi dalam memori,” terang John.