Kolaborasi Fesyen 2016 Yang Menggegarkan Industri - Glam Malaysia

Kolaborasi Fesyen 2016 Yang Menggegarkan Industri

Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2016 dan bakal menyapa tahun yang baru sejurus itu tetapi masih kelam akan apa yang bakal kita hadapi pada tahun 2017 dalam industri fesyen yang sentiasa berkembang ini.

 

Kita dapat melihat satu demi satu kolaborasi antara jenama-jenama besar dengan artis, model, crossover jenama dan macam-macam lagi. Seperti H&M x Kenzo, Tommy Hilfiger x Gigi Hadid, dan Vetements yang mengejutkan industri dengan berkolaborasi bersama lebih daripada 10 jenama untuk koleksi pentas peragaan mereka.

 

Jadi sebelum melabuhkan tirai untuk tahun ini, GLAM akan menyenaraikan kolaborasi fesyen kegemaran kami dengan anda for a little throwback.

 

9. A$AP Rocky x Guess

Kolaborasi yang berjaya oleh A$AP Rocky dengan Raf Simmons dan J.W. Anderson telah membuktikan yang rapper ini bukan sahaja berbakat dalam industir muzik malah boleh mereka pakaian. Guess menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan Rocky. A$AP Rocky mengorek semula arkib Guess dan memberi nafas baru kepada rekaan-rekaan tersebut dengan aura 90-an yang amat nyata dan segar.

See also
Katie Cassidy Akhirnya Bertunang!

 

8. Coach x Disney

Bersempena sambutan ulangtahun Coach yang ke-75, jenama terkenal tersebut mendekati Disney untuk tujuan kolaborasi dan mengeluarkan koleksi edisi terhad dengan lukisan Micket Mouse ekslusif oleh Disney untuk Coach. Koleksi Coach x Disney ini terdiri daripada tas tangan, kemeja-t dan kasut.

 

7. Alexander Wang x Adidas Originals

Kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat dua jenama ini akhirnya berlaku tahun ini! Koleksi Alexander Wang x Adidas Originals yang diperagakan semasa koleksi Alexander Wang untuk Musim Bunga 2017 ini mempunyai 84 item unisex.

 

6. Gucci x GucciGhost

Gucci mencuba pendekatan baru kali ini untuk kolaborasi Gucci x GucciGhost dengan bekerjasama dengan artis jalanan Trouble Andrew (GucciGhost merupakan nama artisnya). Setelah sekia lama menghasilkan seni jalanan dengan menggunakan logo terkenal Gucci, jenama tersebut menjemput GucciGhost untuk bekerja dengan mereka unutk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 mereka.

 

5. Rihanna x Manolo Blahnik

Tahun 2016 sahaja fashionista dan penyanyi Rihann telah berkolaborasi dengan Manolo Blahnik sebanyak dua kali. Hubungan Rihanna dan Manolo Blahnik adalah ibarat takdir kerana Rihanna sangat meminati kasut-kasut Manolo Blahnik dan Manolo pula terpegun dengan gaya Rihanna semasa berjumpa buat pertama kali.

See also
Khoon Hooi Lancarkan Koleksi Terbaharu Untuk Luruh/Sejuk 2023

 

4. Tommy Hilfiger x Gigi Hadid

Tommy Hilfiger memperkenalkan koleksi kolaborasinya bersama model Gigi Hadid semasa Minggu Fesyen New York di Pier 16 di mana koleksi mereka dipamerkan dengan suasana peragaan yang unik: karnival. Koleksi tersebut menampilka gaya klasik Tommy Hilfiger dan digabungkan dengan gaya chic dan trendy Gigi.

 

3. Kenzo x H&M

Kolaborasi fesyen pantas H&M dengan nama-nama besar dalam industri fesyen bukanlah perkara yang baru. Tetapi tahun ini H&M sekali lagi menggegarkan indsutri fesyen dengan berkolaborasi bersama Kenzo. Koleksi kolaborasi tersebut menampilkan beberapa pasang rekaan daripada arkib Kenzo yang diberikan nafas baru dan juga rekaan-rekaan baru.

 

2. Kolaborasi Nike

Nike mengejutkan peminat-peminat fesyen dan juga sukan dengan kolaborasinya bersama 3 pereka ternama  Ricardo Tisci (Givenchy), Olivier Rousteing (Balmain), Kim Jones (Louis Vuitton), dan Jun Takahashi (Undercover) bersempena Olimpik 2016. Koleksi yag dihasilkan oleh Nike dan pereka-pereka ini terdiri daripada alatan berlari, pakaian gym, parka dan lain-lain yang diberikan nafas fesyen dan disempurnakan dengan teknologi Nike.

See also
Karpet Merah Tony Awards 2017 Dihangatkan Dengan Fesyen Selebriti

 

1. Koleksi Musim Bunga 2017 Vetements

Untuk koleksi Musim Bunga 2017 mereka, Vetements memberikan kejutan kepada mereka yang hadir semasa peragaan koleksi tersebut dengan menampilkan koleksi kolaborasinya yang terdiri daripada 18 jenama ternama. Koleksi yang menampilkan 54 gaya itu terdiri daripada jumpsuit Levi’s, but Dr. Martens, windbreakers Reebok, jaket bomber Alpha Indsutries, kemeja Comme des Garçons dan lain-lain lagi.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid