KLFW KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT TAHUN INI! - Glam Malaysia

KLFW KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT TAHUN INI!

KLFW 2018 bakal tiba mempamerkan kehebatan pereka fesyen tanah air dengan koleksi terbaik mereka di lokasi paling bergaya iaitu di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap tahun, lebih dari 150 ribu pengunjung memenuhi ruang Pavilion Kuala Lumpur untuk menyaksikan ilham terkini para pereka fesyen. Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tahun ke-6 ini bakal bergegar dengan pertunjukan fesyen tanpa henti dari 8 hingga 12 Ogos nanti. Lima hari yang penuh dengan stail dan glamor yang menjanjikan lebih banyak kelainan untuk keramalan fesyen yang tidak akan dilupakan! 

Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Atelier Fitton, Fiziwoo, Nurita Harith, Fazura, Kavita, MimpiKita, InnaiRed, Afiq M, Syomirizwa, Cassey Gan serta Nerd Unit antara nama-nama besar yang bakal mementaskan koleksi terbaru mereka di pentas KLFW. Saban tahun, pereka-pereka fesyen tempatan tidak pernah gagal untuk memberi kejutan dengan trend-trend terhangat serta idea-idea segar. Sungguh mengujakan apabila KLFW yang akan datang ini bakal memperkenalkan beberapa projek baru. Antara yang diketengahkan KLFW tahun ini adalah sokonganya terhadap sustainable fashion yang memenuhi etika alam semulajadi. Anda bakal menyaksikan jenama seperti Projek Jahat serta Sean & Sheila yang mengangkat idea ini. Selain itu, setiap orang diajak untuk turut serta memuat naik stail harian anda sewaktu KLFW dengan tag istimewa #Igotstyle . KLFW juga menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.                                                                                                                                                      

See also
Unboxing Valentino - Spring Summer 2023, Livestream From Paris

 

Pengasas KLFW, Andrew Tan yang dijemput ke Buckingham Palace untuk Commonwealth Fashion Exchange, menyampaikan hasratnya untuk memberi sokongan padu kepada bakat fesyen di 53 negara Commonwealth menerusi pengaruh fesyen sedia ada. Salah satu usaha murninya adalah melalui pelancaran majalah digital, edisi KLF: Life On Digital yang akan menyentuh semua aspek kehidupan bergaya masa kini.

 

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week

Salah satu jenama yang akan menampilkan koleksi di KLFW Ready-To-Wear 2018 ini merupakan FIZIWOO. FIZIWOO telah meletakkan nama di persada dunia fesyen sejak 2009 oleh pereka fesyen, Mohd Hafizi Radzi Woo dan kemudian pada tahun 2011, FIZIWOO  disertai oleh Pereka Arkitek, Izree Kai Haffiz. FIZIWOO mempunyai prinsip fesyen  ‘Less is more’; menerokai idea sleek and clean design dengan mengekalkan feminiti dan kelembutan pada tekstil yang dipilih bagi memperkasa ciri-ciri keseimbangan. Pereka-pereka fesyen FIZIWOO sentiasa mencari elemen elegan, chic dan timeless apabila menghasilkan sesuatu rekaan. Malah, FIZIWOO telah berjaya memenangi pelbagai pertandingan berprestij dan hasil rekaan telah saban kali diketengahkan di majalah-majalah hebat di Malaysia termasuklah GLAM.

See also
Kembara Fesyen: Thanuja Ananthan

 

 

Berita baik buat peminat FIZIWOO, anda berpeluang untuk memenangi koleksi ready-to-wear FIZIWOO seperti yang dipaparkan di atas serta 2 tiket untuk menyaksikan pertunjukan fesyen FIZIWOO!  Jangan lepaskan peluang keemasan ini,  nantikan update terkini untuk mengetahui cara-cara penyertaan dengan mengikuti akaun Instagram GLAM di @glammalaysia dan juga Facebook di GLAM Malaysia.

 

*Penyertaan bagi memenangi koleksi FIZIWOO ini akan bermula pada 4 Julai 2018 dan berakhir pada 31 Julai 2018.