Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani Tiada Lagi - Glam Malaysia

Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani Tiada Lagi

 

Dunia fesyen digegarkan dengan berita kematian Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani pada hari Khamis selepas bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

 

Wanita berwawasan yang dianugerahkan Swarovski Award for Positive Change di British Fashion Council Fashion Award 2016 baru-baru ini telah memegang jawatan sebagai ketua editor Vogue Italia selama 28 tahun.

 

 

Franca sering dikenali sebagai seorang wanita yang tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru dan visinya jelas kelihatan di atas muka hadapan Vogue Italia sepanjang kariernya yang sentiasa mendapat perhatian.

 

 

Beliau yang lahir di Mantua, Itali merupakan graduan falsafah dan literasi German semasa dia menuntut pelajaran di Milan. Beberapa tahun selepas itu, Franca memulakan kariernya dalam bidang fesyen di Vogue Bambini diikuti dengan perlantikannya sebagai editor untuk Lei dan Per Lui.

 

Menjelang 1982, Franca telah mengubah kedua-dua majalah tersebut sehingga menjadi perintis untuk trend fesyen antarabangsa dan gaya hidup.

 

Franca yang minat dengan fotografi juga telah membantu menaikkan banyak jurufoto yang kita kenali sekarang seperti Mario Testino, Paolo Roversi, Herb Ritts, Peter Lindbergh, Bruce Weber, dan Steven Meisel. Mereka juga amat mengagumi kebijaksanaan dan pengetahuan Franca dalam bidang fotografi.

See also
Gaya Red Carpet British Fashion Awards 2016

 

 

Hampir tiga dekad Franca sebagai ketua editor Vogue Italia, dia tidak pernah segan dan takut untuk mencuba pendekatan baru walaupun ianya dikira sebagai satu kontroversi bagi khalayak umum.

 

Franca pernah berkata, tujuannya menggunakan foto-foto berkontroversi untuk berkomunikasi dengan dunia global adalah kerana tiada siapa akan membaca Vogue Italia selain daripada orang Itali kerana bukan semua orang boleh berbahasa Itali.

Dia telah menjadikan Vogue Italia sebagai satu landasan yang sangat kuat untuk menyentuh dan memberikan kesedaran kepada perkara-perkara yang dunia fesyen sendiri tidak mahu memberi perhatian.

 

Giving back is the new luxury.” prinsip kehidupan Franca Sozzani. Selain fesyen, Franca juga sangat mengambil berat mengenai masalah sosial dan dunia. Dia juga merupakan duta global untuk Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berfokuskan empowerment dan pelajaran untuk wanita dan kanak-kanak perempuan.

 

Disaat-saat akhir Franca sumber melaporkan anak tunggalnya Francesco Carozzini yang menhasilkan satu dokumentari mengenai emaknya yang bertajuk ‘Franca: Chaos and Creation’, berada disisnya.

See also
6 Koleksi Anggun Dan Mewah Sempena Raya Aidilfitri 2023

 

 

Editor GLAM, Suzie Adnan:

When I used to attend fashion week last time, I looked forward to see the editors of some of the greatest magazines – Anna Wintour, Carine Roitfeld and of course Franca was one of them. She’s always looking regal sitting on the front row. But not a loner and intimidating like Anna, always surrounded by friends. She had a distinctive style. Her hair was always in place, I always thought Franca is a Prada girl with her tailored skirts …sometimes I feel like she’s some iconic character coming out from an old Italian film.

 

But most importantly, she edited the magazine that inspired me the most – artistically. always pushing the boundaries and never short of surprises.

 

Editor Fesyen GLAM, Aizat Aidid:

Mungkin nama Franca Sozanni tidak popular seperti rakannnya yang lain seperti Anna Wintour atau Anna Dello Russo. Namun, hanya Sozanni yang berani menjadikan Vogue sebagai medium untuk menyuarakan pendapat umum dan melawan arus perdana dengan menghasilkan isu kontroversi yang bukan sahaja membuka mata kelompok fesyen malah khalayak ramai. Dia juga menukar nilai majalah daripada hanya menghasilkan artikel bermutu kepada satu naskah yang penuh dengan imej nan cukup kuat. Sejujurnya, hasil kreativitinya menjadi aspirasi pada kerjaya saya di GLAM. Setiap helaian lembaran fesyen dibawah tampuk kepimpinannya memberi saya idea untuk terus berkarya. Tiada editor yang seberani wanita ini yang bijak dalam setiap langkahnya.

 

Perunding Kreatif GLAM, Cheah Wei Chun:

This was totally unexpected. I was looking forward to her documentary, which is produced by her son. Of all the Vogue editions in the world, Franca has made Vogue Italia the most innovative and ground-breaking in terms of fashion editorials. Her intense loyalty to and working relationship with Steven Meisel has produced some of the most memorable fashion images of all time. Meisel has been producing covers almost non-stop for Italia for almost 30 years, unheard of! The fashion world has lost one of its greats.

 

“Fashion isn’t really about clothes, it’s about life.”

Franca Sozzani

 

See also
Kate Spade Membawa Nashville ke Kota New York

Oleh: Ai Nazmi Norzaid