Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York - Page 2 of 9 - Glam Malaysia

Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

Industri-industri besar mula menyuarakan pendapat mereka mengenai beberapa polisi yang sudah ataupun akan diimplementasikan oleh Trump dan barisan kabinetnya. Ini termasuklah dunia fesyen.

 

Nama-nama besar dalam industri fesyen juga mula menyuarakan pendapat mereka dari mula lagi akan tetapi suara mereka dilihat seperti tidak cukup kuat oleh khalayak umum.

 

Seakan menyahut cabaran, pereka-pereka fesyen mengambil peluang bersempena Minggu Fesyen New York untuk mempamerkan pendirian mereka terhadap pemerintahan Presiden Trump.

 

Walaupun ini bukanlah perkara luar biasa untuk pereka-pereka menggunakan pentas peragaan mereka untuk membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara (ingat kembali t-shirt “We Should All Be Feminists” Maria Chiuri).

 

Kali ini dengan kerjasama CFDA bersama pereka-pereka yang ada untuk Minggu Fesyen New York akan memberikan pin merah jambu kepada mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Planned Parenthood.

2 of 9

Calvin Klein

The finale of @rafsimons’ debut collection for @calvinklein. What do you think? #calvinklein #rafsimons #NYFW

A post shared by The Business of Fashion (@bof) on

Selain mendapat perhatian sebagai pertunjukan yang dinantikan ramai, Calvin Klein juga menggunakan peluang ini untuk mendebutkan koleksi pertama Raf Simons bersama jenama itu dengan menggunakan lagu David Bowie “This is Not America”. Mereka yang dijemput juga diberi sehelai bandana dengan hashtag #TiedTogether di atasnya.