Kasut Parti La Pausa Tarikan Menawan Chanel Cruise 2019

Fesyen

Kasut Parti La Pausa Tarikan Menawan Chanel Cruise 2019

329

One can never go wrong with a pair of Mary-Janes. Dan itulah yang telah dibuktikan oleh Chanel melalui koleksi Cruise 2019 mereka.

 

Bayu laut membelai rambut sambil anda menghirup mocktail di tangan. Persalinan Chanel koleksi Cruise 2019 yang anda sarung daripada head to toe menarik perhatian ramai. “Who is that girl? I’m loving those shoes!” Kedengaran pujian daripada kumpulan wanita elit di belakang anda.

 
[envira-gallery id=”86804″]

Kasut yang diperkatakan itu merupakan sepasang Mary-Janes putih calfskin dihiasi jemeki. Hati begitu bangga dengan pilihan anda untuk cruise ini. Memang cita rasa anda tidak pernah mengecewakan.

 

Menjadi salah satu rekaan signatur Karl Lagerfeld setiap musim, kasut ini telah melalui beberapa evolusi sejak zaman Coco Chanel lagi. Sehingga kini ia berjaya mengekalkan legasi dan popularitinya dek kerana mengikut arus peredaran zaman. Koleksi Cruise 2019 ini, Lagerfeld telah mengolah kasut sebagai “children’s party shoes” untuk menekankan rekaan setiap look daripada koleksi ini.

 
[envira-gallery id=”86805″]

Dari silver goatskin dengan siluet tradisional Mary-Jane hingga ke rekaan yang lebih moden yakni versi kasut sukan dengan tapak getah, visi Chanel untuk memenuhi kehendak wanita moden masih lagi jelas hingga kini.

 

Memiliki sepasang sepatu Koleksi Cruise 2019 semestinya jadi impian setiap wanita terutama menjaga prestij anda sebagai wanita glam.

Your email address will not be published. Required fields are marked *