Karnival Fesyen Rio Di Pentas Innai Red - Glam Malaysia

Karnival Fesyen Rio Di Pentas Innai Red

Oleh: Nur Sofea
 
Sempena dengan pentas Resort 2017, Innai Red memperagakan koleksi yang diilhamkan dari bandar Ipanema dan Carioca antara bandar di Brazil yang mengadakan pesta karnival terkenal dunia. Dari jalan-jalan indah Santa Teresa hingga ke rentak Cidade Do Samba, Rio adalah tempat lahirnya fesyen luar biasa dan tempat ideal untuk menikmati  alam semula  jadi. Ini antara intiipati yang cuba disampaikan Innai Red menerusi koleksi terbarunya.
 
Koleksi ini adalah hasil gabungan seksi dan konservatif. Palet warna yang diilhamkan dari Latin, cetakan tropical dan mariner stripes  ditampilkan dalam ruffled jacquards, dress linen dan campuran kapas memberikan aura seperti berada di kepulauan. Gaya signatur Innai Red diberikan sentuhan romantik dalam pelbagai pilihan dari dresses to tops dan skirts.
 
Rasai pengalaman hidup di pulau nan indah dengan koleksi baru ready-to-wear Innai Red dengan siluet off-shoulder, hi-low hemlines, mid length wave skirts, culottes dan ankle grazer pants. Rekaan dari Innai Red sangat fleksibel dan senang digayakan dengan apa sahaja.
 
Innai Red turut berkolaborasi  bersama Merrack&Co. dalam menghasilkan kasut dengan cetakan yang sama dengan busana dari Innai Red. Set kasut dari Merrack& Co. ini terdiri daripada Printed Espadrilles, High Wedges dan sandal kulit.
 
[soliloquy id=”51995″]

See also
"Pesan arwah ayah, hargai kehidupan dan jangan mudah lupa asal usul" - Fauziah Latiff