Jenama Baru Lokal Harus Anda Kenali

Jenama Baru Lokal Harus Anda Kenali

Oleh: Aizat Aidid
 
Brands to know now! Barisan label ini masih baru di dalam arena fesyen lokal dan membawa revolusi stail gaya yang nyata berbeza. Ini adalah pilihan GLAM!
 

[soliloquy id="43715"]

Gambar: Thaviax

 
Thaviax
Dilancarkan pada tahun lalu oleh Tengku Chanela Jamidah bersama Angie Lai Tay dan koleksi debut Thaviax (sempena nama anak perempuan mereka Thalia dan Olivia) memberikan pilihan lebih moden kepada wanita Kuala Lumpur. Helaian berpaksikan kepada wanita yang punya semangat tersendiri baik di rumah mahupun di lapangan kerja masing-masing. Sentuhan kontemporari pada rekaan Thaviax menjadi pilihan selebriti seperti Scha Alyahya dan Fatiya latiff.
 

[soliloquy id="43691"]

Gambar: Moto Guo

 

Moto Guo

Tahun lalu mungkin milik Moto Guo dek kerana jenama yang baru berusia setahun jagung itu meniti setiap bibir kelompok fesyen Kuala Lumpur. Moto Guo adalah graduan kolej Raffles yang turut melahirkan Jonathan Liang dan Tengku Syahmi. Rekaan Guo cukup mencabar paksi fesyen Kuala Lumpur sekarang dengan ceraian yang unconventional serta dia bijak dalam mencabar siluet baru untuk dicuba. Transformasi gaya yang dicabar oleh Moto Guo nyata menjerit rasa moden yang eklektik.
 

See also
"Sunshine Shopper Bag", Lambang Estetik FENDI

ARTIKEL BERKAITAN MOTO GUO TERCALON PERINGKAT SEPARUH AKHIR LVMH PRIZE

 

[soliloquy id=”43708″]

Gambar: JN by Jiuan Ng

 
JN by Jiuan Ng
Memegang ijazah sarjana di dalam kejuruteraan komputer tidak menghalang  Shuh Jiuan Ng untuk menceburkan diri dalam dunia fesyen kerana itu adalah cintanya sejak kecil. Lalu, dia terbang ke New York dan mendapatkan ilmu daripada Parsons The New School for Design. Cuma tahun lalu barulah dia melancarkan jenamanya sendiri JN by Jiuan Ng yang berpaksikan pada gaya yang tidak lapuk dek zaman. Jiuan Ng menggabungkan cita rasa kontemporari dengan siluet klasik yang digubah lebih segar.