Millennial It-Girl: Marisa Soraya - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Marisa Soraya

 

Siapa tidak kenal akan Marisa Soraya M, terutamanya di scene millennial Kuala Lumpur! Mesti anda beranggap bahawa gadis beridentiti fesyen daring ini sombong belaka, hatta apabila namanya dipetik, ramai gerun akan si gadis petit ini! Mana tidaknya, baru sahaja berusia 22 tahun, tetapi portfolionya sudah hebat, hasil gandingan dengan lebih 30 jenama tempatan dan antarabangsa, termasuklah Kate Spade New York, Tommy Hilfiger dan Dior Cosmetics!

 

Namun demikian, Marisa sebenarnya tulus di hati, berkarakter lembut dan mudah sahaja disapa! Berasal negeri Darul Makmur, si ayu ini bakal melangkah ke menara gading tersohor dalam bidang pemasaran fesyen, Central Saint Martins tidak lama lagi. Buat sekarang, beliau ingin fokus akan program internship, serta blog peribadi setahun jagungnya, www.marisasoraya.com!

 

GLAM sendiri mendekati rupawan berzodiak Leo ini buat insight kehidupan Marisa sebagai seorang ikon fesyen millennial!

 

1. Bagaimana rutin harian anda? 

Saya baru habis uni! Jadi kini, it’s getting stepped on by my cat pada pukul 10am kerana dia lapar dan enggan mahu saya dapatkan my beauty sleep! Haha!

 

See also
Versace: Sporty VS Feminin

2. Apakah fesyen signatur atau stail peribadi anda?

Gincu berona gelap atau coker statement. Saya masih amat gemarkan trend fesyen ini!

 

 

3. Pembelian yang anda paling menyesal? 

Ketika di Melbourne sebulan lepas, saya telah membeli sebuah headpiece emas yang sangat unik semasa sale! Tetapi… Seperti yang dijangkakan, ia masih lagi berbalut plastik. Haih..

 

4. Staple item in your wardrobe?

Segalanya di closet ibu!

 

 

5. Holy Grail makeup item?

Highlighters! Sudahkah kamu cuba After Glow dari Urban Decay?! Be glowing brighter than any star out here!

 

6. Di mana kamu lihat diri anda dalam jangka 10 tahun?

Hopefully, living life in absolute happiness, dikelilingi mereka yang dicintai dan disayangi. Dan jika diizin-Nya, kejayaan dalam industri fesyen.

 

 

7. Wangian kegemaran?

Wangian Rose Couture dari Elie Saab, every time

 

8. Nasihat paling bernilai?

Ibu selalu berkata, “Kill the haters with kindness.” Beliau berfikiran positif bahawa kepada sesiapa sahaja yang sering menjatuhkan orang lain, kamu hanya perlu bersenyum dan melambai ramah kepada mereka. Tiada apa yang lebih dibenci mereka dari melihat kamu bersenang diri.

See also
SYAIDATUL AFIFAH

 

 

9. Rona gincu kegemaran?

Apa jua yang berona ungu! Tetapi jika perlu dipilih satu — Material Girls dari Huda Beauty. It really goes with every outfit!

 

10. Where is your favourite place to escape to?

Di bilik ibu. That’s the proper safe zone, terutamanya ketika bersama beliau dan adik-beradik saya, Alana dan Bianca.

 

 

 

11. “Saya paling gembira tatkala…”

I score a major steal at the thrift store, lagi-lagi jika di luar negara! Dan bila sahaja adanya makanan, om nom nom!

 

12. Apakah erti seorang wanita bagi anda?

Antara makna seorang wanita bagi saya, beliau memegang pelbagai peranan penting dalam hidup ini. Jika mahu dipetik hanya satu nama yang memberi impak maksima, ia tidak terhingga — ibu, nenda, ibu saudara, sepupu-sepapat, adik-adik, rakan-rakan karib — setiap satu daripada mereka mempunyai kekuatan yang tiada penghujung, kerena mereka dapat menawan maslahat dan cabaran hidup, memikul bebanan berat di samping senantiasa memegang teguh ke kegembiraan, kasih sayang dan pilihan.

See also
Datin X: Affair Dengan Adik Ipar Sendiri

 

Namun demikian, one thing that still upsets me adalah penganiayaan yang diterima dibanding kaum Adam. Ia bukanlah atas persoalan siapa yang lebih dan siapa yang kurang, tetapi semata-mata persamaan antra dua. Shoutout to my girl gang!