How Are You, Babe? - Glam Malaysia

How Are You, Babe?

Oleh: Aizat Aidid
 

T68944467_Max

PASANGAN RAKAN YANG POPULAR SEKARANG, CAROLINE VREELAND DAN SHEA MARIE


 
Setiap kali menghadiri acara fesyen, saya asyik bertemu dengan muka yang sama. Sudah bagaikan satu kitaran di kala acara fesyen berlangsung, saya kira semua menyapa dengan soalan yang sama. “Hey Babe! How are you? Lama tak jumpa. Bila nak dinner together?” kata si polan. Jawapan yang diterima juga sama. “Okay sahaja. I am good. Jomlah, we plan for dinner!” Namun, percayalah daripada 100 kali ajakan untuk makan malam, mungkin yang benar-benar menjadi hanyalah sekali. Itu pun bukan dengan si polan yang sibuk bertanya. Sudah hafal sangat dengan skrip ini. Bagaikan siri drama televisyen sekarang. Skrip sama, hanya pelakonnya yang berlainan. Tidak tahu jika ada keikhlasan pada setiap pelawaan atau sekadar melengkapkan skrip masing-masing.
 
T34267618_Max

RUSSIAN INVASION! BARISAN SOSIOLIT RUSSIA ADALAH KELOMPOK FESYEN YANG SELALU NAMPAK BERSAMA.


 
Adakalanya saya terfikir apakah wujud persahabatan yang tulus dalam dunia fesyen ini? Jika dilihat secara rambang, wujud banyak kelompok-kelompok kecil dalam industri fesyen lokal. Masing-masing ada kegemaran mereka. usah tipu jika anda tidak ada sifat pilih kasih. pereka fesyen ada model kegemaran mereka, begitu juga para jurugambar. Kami di sidang editorial juga begitu. Namun itulah resamnya, di mana sifat favouritism itu kadang kala menghalang kita untuk melihat kebaikan  yang ada pada orang  di luar lingkungan kita. Saya sendiri perlu sentiasa berhati-hati, melihat siapakah di luar sana yang perlu diberikan perhatian. Bukan dalam kumpulan yang sama sahaja.
 
Fesyen ini adalah satu seni, orang di dalamnya pula adakala hidup bagaikan pari-pari. Terbang tinggi sehingga lupa meletakkan kaki di bumi realiti. Saya sering teringat kata-kata Puan Editor, jangan biarkan diri sering dibayangi fantasi. Ini semua adalah kerja dan perlu ikhlas. Teringat kata kawan, “Ala, Aizat you kerja dengan GLAM. Apa you nak semua dapat.” Namun, setiap kali sebelum tidur saya terfikir jika saya menokhtahi kerjaya di GLAM, apakah masih ada rakan di lapangan fesyen yang mahu ajak saya keluar dinner?
 
T63366926_Max

KETIKA KE MINGGU FESYEN, CAROLINE ISSA DIANTARA PERSONALITI YANG SERING HADIR SEORANG DIRI. MEMBIASKAN RASA WOMAN IN POWER


 

See also
Filem "The Women" Inspirasi Moschino Fall RTW 2021