Here Comes The Summer

Fesyen, Fesyen Baru

Here Comes The Summer

13127

 

Teks: Aizat Aidid

Gambar : Gucci

Rencana Tajaan : Gucci

 

Gucci melancarkan koleksi yang didedikasikan buat musim panas yakni Towards Summer. Dalam cuaca yang terik, Gucci bijak menggunakan material yang lebih selesa namun masih utuh dengan nilai DNA mereka yang bersifat eksentrik. Fabrik yang ringan dan lembut ini sesuai untuk pelbagai acara, serta nampak elok untuk gaya formal mahupun tidak. Bagi menaikkan serinya, Gucci kekal menggunakan motif rumah fesyen ini. Maka melihat cuaca Malaysia, cukup sepadan apabila menggayakan helaian Towards Summer oleh Gucci.

 

 

Lebih asyik buat wanita Malaysia yang mahukan sesuatu yang unik buat sambutan lebaran yang bakal menjelma. Koleksi aksesori Towards Gucci bakal mencipta stail yang cukup sensasi. Ada empat fokus beg yakni GG Marmont 2.0 yang bersifat lebih relaks serta direka menggunakan material tali rafia juga bersama perincian kait bentuk bunga. Cukup manis digayakan dengan baju kurung kerana membiaskan rasa klasik raya itu.

 

 

Cuba gayakan beg yang cukup elegan ini bersama helaian kebaya mahupun kurung moden, pasti terserlah rasa sofistikated di hari lebaran!

Terokai kesemua koleksi ini di gucci.com 

 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

THE SYLVIE

Lebih glamor beraya dengan padanan beg Sylvie! Cuba gayakan beg yang cukup elegan ini bersama helaian kebaya mahupun kurung moden, pasti terserlah rasa sofistikated di hari lebaran! Ia unik direka menggunakan material straw dan juga kulit buaya untuk elemen mewah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *