Hana Tajima x UNIQLO Kembali Lagi Untuk Koleksi Musim Bunga/Panas - Glam Malaysia

Hana Tajima x UNIQLO Kembali Lagi Untuk Koleksi Musim Bunga/Panas

 

Teks: Zuhairie Sahrom

 

Bermula 10 Febuari lepas, Uniqlo mempertontonkan koleksi terbaru Hana Tajima For Uniqlo untuk musim bunga/panas 2017. Koleksi debut menemui kelompok fesyen hijab dunia tahun lalu dan di Asia Tenggara pada tahun 2015. Terkenal dengan sentuhan siluet polos dan relaks, koleksi terbaru dibawakan dengan tema ‘Bringing Abstract to Life’. Koleksi lengkapnya terdiri daripada 30 item dalam 81 rona juga corak lantas boleh didapati menerusi butik Uniqlo di seluruh negara. Tidak lupa juga menerusi laman digital di uniqlo.com.

 

[envira-gallery id=”62436″]

“Hana Tajima For Uniqlo adalah koleksi yang serba boleh. Kami memperkenalkan fabrik terbaru yang lebih ringan langsung fabriknya seolah-olah bergerak natural pada tubuh. Membias lembut, koleksi ini punya variasi dengan memperlihatkan elemen draped pada dress juga punya celana panjang labuh serta diperlihatkan sekali helaian bernadikan bentuk dan siluet sculptural. Perubahan ini bertujuan untuk memberikan keselesaan pada pemakainya terus melangkah anggun minimalis”, kata jelitawan Hana Tajima.

See also
GLAM x COACH 2017

 

[envira-gallery id=”62435″]