#GLAMRaya 2: Nafas Moden Musim Lebaran 2017 - Glam Malaysia

#GLAMRaya 2: Nafas Moden Musim Lebaran 2017

It’s never too late to for a #GLAMRaya!

 

Selang beberapa minggu lagi, kita bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dan ia bermaksud — masa untuk menggayakan look lebaran! Dengan berbagai-bagai pereka fesyen tempatan mengeluarkan koleksi khas buat musim perayaan yang bukan sahaja memberi nafas baharu kepada baju tradisional, malah kami juga rambang mata akan yang mana satu menjadi pilihan hati.
 
GLAM menyenaraikan 6 lagi koleksi musim eid dari pereka fesyen tempatan bagi kesenangan anda berlebaran tahun ini. Lihat pilihan lebaran GLAM yang lain di sini.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

1. Adila Long

Permainan tekstur pelbagai oleh Adila Long sering disenangi penggaya trend terkini. Buat koleksi Dia by Adila Long, label yang amat dikenali dengan rekaan mewah hasil penggunaan moden songket, telah menggabungkan nilai tradisional dan diterapkan bersama inovasi yang bukan konvensional seperti siluet kurta panjang bersama seluar culottes. Pilihan warna yang didatangkan juga cukup ayu untuk membuat ramai berpaling dua kali.

See also
Pereka Fesyen Tempatan Anda Harus Kenali!