Glamorama di Festival Filem Cannes - Glam Malaysia

Glamorama di Festival Filem Cannes

 

Saban tahun Festival Filem Cannes pasti akan mengisi ruang kosong usai gala MET. GLAM menghimpunkan penampilan selebriti paling menarik dalam persalinan indah dan barang kemas mewah di karpet merah. Feast your eyes with the best look from Cannes 2016 red carpet.

 

 

T70869882_2M

Blake Lively

Hanya dengan sekali pandang sahaja kita boleh jatuh cinta dengan persalinan Atelier Versace yang membaluti tubuhnya. This broken glass-inspired dress is just so pretty! Pelakon ini bukan sekadar mempamerkan debut of her baby bump di red carpet, tetapi gayanya menonjolkan rasa mewah dengan jewelry daripada Lorraine Schwartz.

 

 

h_52749301

Araya Hargate

Pelakon dari Thailand ini mengundang pujian dari pencinta rona merah jambu dengan gaun Ralph & Russo ini. Jika anda rasa ruffles sudah ketinggalan, think again! Si cantik ini memadankan gaun penuh dramatiknya dengan rantai leher mutiara dan anting-anting serta cincin bertatahkan berlian daripada Chopard.

 

 

h_52748817

Victoria Beckham

See also
GLAM Life: Sofia Ellen

Tepukan penuh kagum pasti akan memenuhi ruang setiap kali Posh Spice muncul di karpet merah. She kills it every single time! Di sini dia kelihatan cukup selesa dengan rekaannya sendiri dari koleksi musim luruh 2016 jenamanya. Chopard menjadi pilihannya untuk menghiasi pergelangan tangan bagi dipadankan dengan persalinan yang digayakan.

 

 

h_52749260

Bella Hadid

Sentuhan Art Deco untuk Roberto Cavalli dress ini membuatkan dia umpama tenggelam dalam lautan kristal Swarovski, in the most stylish way of course. Penampilannya turut dihiasi dengan barangan kemas daripada De Grisogono.

 

 

h_52748837

Anna Kendrick

Dia kelihatan cukup tenang dan cool dalam persalinan Stella McCartney ini yang membuktikan ia adalah pilihan yang tepat. Kendrick kelihatan cukup menawan dengan set subang dan rantai leher Bulgari.

 

 

h_52749132

Naomi Watts

Warna bunga lavender yang keunguan seperti sudah lama tidak kelihatan menghiasi karpet merah dan ramai dalam komuniti fesyen menarik nafas lega melihat pelakon hebat ini menyarungkan gaun rekaan Armani Privé. Leher pelakon hebat ini dihiasi oleh Bulgari dengan rantai leher yang mencuri tumpuan.

See also
Meghan Markle dan Putera Harry Mendapat Restu Permaisuri Elizabeth II

 

 

h_52749141

Eva Longoria

Pelakon bertubuh genit ini menyerlahkan cita rasa French style dengan long sleeves yang cukup chic dalam baju dress putih Pamella Rolland yang dipadankan dengan barangan kemas Lorraine Schwartz.