GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

GLAM Fashion Future 2016: Kenali Mereka

Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
 
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

6 of 6

Sapto Djojokartiko

IMG_0735
 
Dilahirkan di Solo, Sapto sememangnya berbakat dalam mereka bentuk. Memulakan kerjaya sebagai pereka fesyen pada tahun 1997, Sapto mengambil keputusan untuk mengambil kursus Fashion Design & Pattern Making di L’Ecole Superieure des Art et Technique de la Mode.  Label fesyen Sapto akhirnya dilancarkan pada tahun 2007 setelah dia menceburi pelbagai kerjaya berkaitan fesyen. Sapto sentiasa cuba untuk menggabungkan budaya yang berbeza ke dalam rekaannya. Pada tahun 2009, Sapto melancarkan koleksi Ready-to-wear dan pada tahun 2011, Elle Style Award memberikan penghormatan kepada Sapto dengan menamakan Sapto sebagai “Fashion Designer of the Year”. Gaya berani, edgy dan klasik dengan sentuhan surrealisme antara signatur label fesyen Sapto.
 
Koleksi ini akan mempunyai intipati yang sama seperti Koleksi Labadiu Spring/Summer 2016. Koleksi ini menampilkan motif corak batik “Srikuncara” dan “Buket Pakis”. Mengambil inspirasi daripada tamadun Yunani-Mesir purba dengan potongan longgar dan bentuk H.
 
Jika anda berminat dengan koleksi dari Sapto Djojokartiko, anda boleh hubungi nombor: +62 21 7248104 (Audhit)

See also
#NYFW: Hello to Next Season's Kate Spade