GLAM 101: Oscar De La Renta - Glam Malaysia

GLAM 101: Oscar De La Renta

 Perginya pereka fesyen genius ini memberi impak besar dalam kelompok fesyen, namun De La Renta meninggalkan legasi dalam membentuk semula gaya buat golongan sosialit agar lebih sofistikated dan moden lantas terus menjadi dambaan wanita.
 

Pertunjukan terakhir Oscar De La Renta sebagai pereka fesyen

Pertunjukan terakhir Oscar De La Renta sebagai pereka fesyen


1. Oscar De La Renta terlebih dahulu pernah berkhidmat buat Cristobal Balenciaga dan menjadi pembantu pereka adibusana di Lanvin pada 1960. Lima tahun kemudian, di bawah bimbingan Diana Vreeland, dia melancarkan jenamanya sendiri di Amerika Syarikat.
 
2. Cukup terkenal dengan rekaan gaun pengantin, ramai wanita ternama memilih De La Renta untuk mereka busana ratu sehari termasuklah Huma Abedin, Kate Bosworth dan paling terbaru Amal Alamuddin.
 
Sarah Jessica Parker  berbusana OSCAR DE LA RENTA di Malam Met Gala 2014

Sarah Jessica Parker berbusana OSCAR DE LA RENTA di Malam Met Gala 2014


3. Selain bidang fesyen, Oscar De La Renta bersama isterinya, Annette De La Renta suka menghabiskan masa dengan berkebun dan memiliki rumah mewah di Casa de Campo di Dominican Republic dan rumah agam ladang ternak di Santo Domingo di Sepanyol.
 
4. Pada 2013 De La Renta adalah insan penting dalam membuka semula pintu fesyen buat John Galliano selepas diberhentikan oleh Dior. Galliano berkhidmat sementara di atelier Oscar De La Renta.
 
Peter Copping penyambung legasi Oscar  De La Renta

Peter Copping penyambung legasi Oscar
De La Renta


5. Dua tahun lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir Oscar De La Renta terlebih dahulu mengumumkan yang Peter Copping menjadi Pengarah Kreatif buat jenamanya. Copping pernah berkhidmat buat Nina Ricci dan orang penting di Louis Vuitton bersama Marc Jacobs.

See also
Chanel Iman Bergaya Di Atas Jalan New York