GLAM 101: Christian Dior - Glam Malaysia

GLAM 101: Christian Dior

CHRISTIAN DIOR DILAHIRKAN DI GRANVILLE

Christian Dior dilahirkan di Granville dalam keluarga berada dan ibu bapanya pada mulanya berharap dia bekerja sebagai diplomat


 
Christian Dior merupakan pereka fesyen yang memartabatkan semula gaya feminine dengan memberi fokus kepada siluet hourglass dan memperkenalkan the new look yang mendapat inspirasi daripada gaya belle epoque.
 

  1. Meskipun lahir daripada keluarga berada, mendiang Christian Dior tidak menggunakan jalan pintas untuk berjaya. Dia membuka langkahnya di dalam dunia fesyen dengan menjual lakaran fesyennya sehingga belajar menjahit di bawah telunjuk ajaran Lucien Lelong.
  2.  

  3. Mendiang Christian Dior percaya pada tilik nasib sehinggakan sepanjang hidupnya dia mempunyai penilik nasib peribadi iaitu Madame Delahaye yang banyak menenangkan hati gundahnya. Wanita ini turut membantunya membuat keputusan dalam melancarkan jenamanya sendiri.
  4.  

  5. Bunga bertuahnya adalah lily of the valey dan dia sering menjahit setangkai bunga ini pada hem setiap helaian adi busana yang dipersembahkan serta menyimpan rapi bunga ini di dalam bekas relikuari yang diletakkan di dalam kocek bajunya.
  6.  

  7. Antara pereka fesyen berprofil tinggi yang pernah berkhidmat dengan mendiang Christian Dior termasuklah Pierre Cardin dan Yves Saint Laurent sebagai pembantu pereka yang menyiapkan 35 helaian buat koleksi musim luruh 1957.
See also
Butik Terbaru Kate Spade Berkonsepkan “Great Escape” Di TRX

 
[soliloquy id=”50230″]