GLAM 101: Bottega Veneta - Glam Malaysia

GLAM 101: Bottega Veneta

opening

TOMAS MAIER MENJADI ORANG PENTING DALAM MEMBANGUNKAN semula JENAMA BOTTEGA VENETA


 
Paksi utama jenama yang dibangunkan pada 1966 ini adalah terpahat pada rekaan yang cukup peribadi serta hasil kerja tangan yang mengangkat legasi budaya Itali lantas membuatkan Bottega Veneta mencipta standard pada gelanggang mereka tersendiri dibawah telunjuk kreatif Tomas Maier.

     

  1. Moto Bottega Veneta yakni “When Your Own Initials Are Enough” mengangkat cita rasa bersifat individu dan punya keyakinan yang tinggi maka dipersembahkan pada rekaan yang inovatif dalam mengekalkan legasi jenama ini
  2.  

  3. Bottega Veneta yang membawa maksud Venetian Workshop ini didirikan oleh Michele Taddei dan Renzo Zengiaro terus membuka atelier pertama mereka di daerah Vicenza dengan memberi fokus dalam menghasilkan aksesori barang kulit berkualiti tinggi.
  4.  

  5. Hasil artisan Bottega Veneta yang cukup popular adalah seni intrecciato yakni satu teknik jalinan menggunakan material kulit yang sehingga kini masih terus dipelihara dan diguna pakai dalm hampir semua barangan kulit mereka.
  6.  

  7. Jenama ini juga turut terkenal dengan clutch ikonik mereka iaitu Knot yang mana tahu lalu adalah ulang tahun ke-30 buat clutch Knot lantas satu pameran dilangsungkan secara ekslusif di St Tropez dengan himpunan 50 koleksi clutch Knot yang berbeza-beza.
  8.  

  9. Dek kerana mahu menjaga legasi kerja tangan, Bottega berkerja keras dalam mendidik para artisan baru dengan penubuhan sekolah seperti Scuola dei Maestri Pellettieri di Bottega Veneta agar dapat memelihara seni kerja tangan Bottega Veneta.
  10.  

[soliloquy id=”50594″]