GLAM 1O1: Azzedine Alaia King of Cling Era 80-an - Glam Malaysia

GLAM 1O1: Azzedine Alaia King of Cling Era 80-an

Era 80-an meletakkan Azzedine Alaia sebagai inovasi pintar dengan menghasilkan rekaan melekat ke susuk badan wanita dan menjadikan dia sebagai King Of Cling lantas sehingga kini pereka kelahiran Tunisia ini terus dijulang sebagai orang fesyen yang membiaskan rasa sensual wanita.

 

azzedine-alaia

1. Terkenal dengan siluet body-con, Azzedine Alaia menamatkan pengajian dalam bidang seni arca dan terus mendapatkan pengalaman bekerja dalam bidang fesyen dibawah tunjuk ajar mendiang Christian Dior.

 

dress-siluet-azzedine-alaia-yang-mencengkek-dipinggang-dan-mengikut-susuk-tubuh-badan-wanita

2. Buyers di Barneys mengenali Azzedine Alaia apabila melihat seorang wanita menyarungkan jaket jenama itu lalu membuka jalan buat Alaia menakluk tanah Amerika membuka butik pertamanya di sana.

 

3. Dia pernah menolak anugerah Legion D’Honneur pada 2008 oleh Nicolas Sarkozy, kerana tidak gemar dengan sebarang perincian dan menyifatkan pingat itu tidak kena dengan jiwanya.

 

Naomi Campbell sudah dianggap seperti anak kerana supermodel ini mula tinggal di rumahnya sejak kali pertama dia menjejak kaki di kota Paris pada usia 16 tahun

Naomi Campbell sudah dianggap seperti anak kerana supermodel ini mula tinggal di rumahnya sejak kali pertama dia menjejak kaki di kota Paris pada usia 16 tahun

4. Alaia masih dingin dengan Anna Wintour kerana editor itu tidak menyenaraikan himpunannya dalam pameran Model As Muse buat Metropolitan Museum of Art lalu membuatkan Niomi Campbell juga menarik dari untuk hadir ke parti pameran tahunan itu.

See also
6 Gaya Tercantik Daiyan Trisha Tahun 2023 Pilihan GLAM

 

5. Dia juga menyelar Karl Lagerfeld yang kononya Pengarah Kreatif Chanel bersifat karikatur dan barang kali tidak pernah menyentuh gunting dalam seumur hidupnya sebagai pereka fesyen.

 

Himpunan musim luruh 2014

Himpunan musim luruh 2014

6. Dia tidak mempersembahkan koleksi mengikut jadual minggu fesyen kerana hanya akan memberikan satu koleksi lengkap apabila mendapat inspirasi dan kali terakhir koleksinya dipersembahkan dalam skala kecil pada Mac awal tahun ini.