GLAM 101: Alexander McQueen

GLAM 101: Alexander McQueen

Oleh: Aizat Aidid
 

MENDIANG ALEXANDER MCQUEEN DIBERI GELARAN THE HOOLIGAN OF ENAlexander McQueen diberi gelaran The Hooligan of English Fashion.

 
Tiada siapa dapat menduga tuah anak pemandu teksi yang telah berjaya mengubah dunia fesyen dengan rekaan yang memadukan rencah dramatik bersama siluet yang bernafas inovasi baru. Pun begitu, dunia terkejut apabila Alexander McQueen mencabut nyawanya sendiri dek kerana jiwanya kesunyian setelah kematian ibunya akibat barah.
 
1. Alexander Mcqueen atau lebih senang dengan nama timangan Lee berhenti sekolah sewaktu berusia 16. Kemudian belajar menjahit di beberapa label fesyen lokal London seperti di Gieves and Hawkes di Savile Row.
 
2. Sebelum melanjutkan pengajian di Central Saint Martin dia berkerja di Itali buat Romeo Gigli Koleksi tugasan semester akhir di kolej berinspirasi Jack the Ripper. Seluruh rekaannya dibeli Isabella Blow yang kemudian menjadi penasihat fesyennya.
 
3. Pernah menghasilkan koleksi berlandaskan baju panas berona hijau yang disarung oleh Joey watak daripada sitkom popular Friends.
 
4. Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif buat Givenchy dari tahun 1996 hingga 2001 dan kemudiannya melepaskan jawatan tersebut kerana pihak atasan tidak dapat menerima ideanya mahu menyuntik nafas baru kepada jenama klasik tersebut.
 
5. Persahabatan Isabella Blow dan Lee renggang kerana pertolongan yang diusahakan oleh Blow melalui bantuan Tom Ford di Gucci tidak dihargai oleh Alexander McQueen. Dek kerana rasa bersalah selepas kematian penata gaya itu, McQueen menjadikan Isabella Blow sebagai sumber inspirasi koleksi musim bunga 2008.
 

See also
Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana

[soliloquy id="42781"]