GLAM 101 - Adi Busana

GLAM 101 – Adi Busana

Oleh: Aizat Aidid
 

[soliloquy id="46066"]

 
Adi busana atau dikenali dengan terma haute couture adalah satu seni pembuatan baju yang cukup rumit dengan mengikut setiap bentuk badan yang memakai, berlainan dengan baju di rak yang mempunyai saiz standard. Setiap helaian dijaga rapi seni pembuatannya kerana setiap hasil seni couture bernilai ribuan ringgit.
 
1. Charles Frederick Worth, pereka asal England adalah pelopor utama dalam membina perkhidmatan menyediakan baju adi busana. Setelah membuka butik di Paris pada 1825 terus dia menjadi pereka fesyen buat Maharani Eugenie isteri kepada Napoleon III.
 
2. Kemunculan Paul Poiret membawa haluan adi busana lebih komersial. Servis adi busana lebih cemerlang setelah tamatnya perang dunia dan melihat kebangkitan Christian Dior dengan pelancaran siluet “New Look” pada 1947.
 
3. Chambre Syndicale de la Haute Couture meletakkan garis panduan buat sebuah label adi busana untuk mempunyai 20 artisan di butik yang bertapak di kota Paris dan perlu mementaskan minimum 25 ceraian adi
busana  dua kali setahun.
 
4. Yves Saint Laurent menjadi pereka fesyen adi busana paling muda diterima masuk pada usia 21 dan melancarkan butik adi busana pertama di dunia pada 1966  dengan label Saint Laurent Rive Gauche.
 
5. Masalah yang dihadapi kini adalah seni adi busana ini dilihat semakin lenyap kerana pada pertunjukan terbaru hanya 26 label sahaja yang mementaskan koleksi mereka berbanding lebih 100 jenama  yang mengambil bahagian pada 1946.
 
 

See also
Tip Penjagaan Fabrik Di Kamar Beradu