Kegemilangan Dua Dekad B.Zero 1 - Page 8 of 8 - Glam Malaysia

Kegemilangan Dua Dekad B.Zero 1

Genap 2 dekad sudah barang kemas ikonik B.zero1 dari tanah Itali ini. Diisi dengan penuh kehalusan berilhamkan dari  struktur geomatrik seni bina amfiteater terunggul Itali, Colessuem. Terkenal dengan kehalusan seni pertukangan yang teliti, Bulgari mencipta teknik dan formular mereka sendiri dalam penghasilan B.zero1 yang mimik seperti Tabogas tradisional kini bernafas dalam rekaan lingkaran rongga terbaru.

 

Hasil kolaborasi dua insan kreatif pengukir terkenal, Anish Kapoor bersama arkitektur terkenal mendiang Zaha Hadid dalam menghasilkan rekaan yang tiada tandingan dan tahun ini dua dekad bersama B.Zero1 sebanyak 2,000,000 telah terjual  diseluruh pelusuk dunia. Kebijaksanan dalam kesenian pertukangan telah melahirkan sebuah rekaan yang mengabungkan emas dan seramik marble. Untuk meraikan 2 dekad jenama ini, Bulgari menjulang kembali rekaan lagenda cincin mereka,dengan gubahan baru. “Be a rule-breaker, be daring, be unconventional, B.zero1” hidup berteraskan falsafah tersebut, rekaan B.zero1 mewah dari setiap sisi.

 

Duta buat rangkaian terbaru B.zero1, Bella Hadid penghias bagi kempen B.zero1 ini, dipilih oleh kerana sifat keunikan B.zero1 persis supermodel ini. Fearless and full determination, Bella Hadid sememangnya wajah sesuai buat kempen Bulgari ini, ditambah pula dengan kreativiti jurugambar ternama Mario Sorennti, tamparan duo yang hebat bagi kempen Bulgari B.zero1.

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse