Fenty Puma by Rihanna Pulang Ke New York Musim Ini - Glam Malaysia

Fenty Puma by Rihanna Pulang Ke New York Musim Ini

Selepas beberapa nama pereka Amerika Syarikat seperti Proenza Schouler, Rodarte, dan Thom Browne mengucapkan au revoir kepada New York untuk menyertai Minggu Fesyen Paris, Rihanna telah memilih kota metropolitan itu untuk koleksi seterusnya.

 

Fenty Puma by Rihanna Spring/Summer 2017 RTW

Selepas dua persembahan koleksi di Paris dengan koleksi Marie Antoinette dan juga koleksi rebellious school girl, Rihanna kini bakal membawa koleksi Fenty Puma by Rihanna ke Minggu Fesyen New York pula kali ini mengikut laporan WWD.

 

“Selepas dua musim yang sukses semasa Minggu Fesyen Paris, Rihanna telah membuat keputusan untuk pulang ke New York dan mempersembahkan koleksi musim bunga 2018 Fenty Puma by Rihanna semasa NYFW, menandakan cubaan pertamanya untuk membuat persembahan koleksinya semasa NYFW September ini,” nyata wakil Puma dan Rihanna.

 

Fenty Puma by Rihanna Spring/Summer 2017 RTW

Koleksi pertama Rihanna untuk Fenty Puma diadakan semasa musim Fall 2016 di 23 Wall Street sebelum dia membawa koleksi-koleksi seterusnya ke Paris.

See also
Kecantikan Androgini Kristen Stewart

 

Butiran lain mengenai koleksi terbaru Fenty Puma by Rihanna masih belum disahkan, namun berdasarkan persembahan-persembahan Rihanna yang megah sebelum ini, we can expect something big.