Februari 2017: Lisa Surihani x Jovian Mandagie 2.0 - Glam Malaysia

Februari 2017: Lisa Surihani x Jovian Mandagie 2.0

1r1a2021-copy

 

Ekoran kejayaan kolaborasi pereka fesyen terkenal tanah air Jovian Mandagie bersama pelakon wanita handal Lisa Surihani dalam koleksi lebaran yang dilancarkan 3 tahun yang lalu, Jovian Ready-To-Wear berkolaborasi bersama Lisa sekali lagi untuk koleksi lebaran terbaru mereka.

 

Koleksi terbaru ini bakal dilancarkan Februari ini dan dikenali sebagai ‘Lisa Surihani for Jovian 2.0’.

 
ls20169826-1-copy1
 

Lisa Surihani selain dikenali sebagai seorang pelakon wanita yang berbakat di Malaysia juga sering dikenali dengan imej anggun yang dibawanya di acara-acara dan karpet merah dengan gaya-gayanya.

 
ls20168686c
 

Jovian Mandagie selaku ketua pegawai eksekutif dan pereka fesyen jenama tersebut menyatakan bahawa kerjasama beliau dan Lisa Surihani telah menunjukkan mereka perspektif berbeza yang terdapat dalam fesyen dan mendalamkan laig pemahaman mereka terhadap industri fesyen.

 
ls201610172-copy
 

“Dengan mereka koleksi ini yang diinspirasikan oleh ikon terkenal sepertinya, ia memang membantu diri saya untuk memenuhi cabaran ini dan mempelajari apakah erti sebenar fesyen,” jelas Jovian lagi mengenai kolaborasinya bersama Lisa.

See also
A-List GLAM: Zahida Rafik

 
ls20168856-copy
 

Apa yang dapat dilihat menerusi koleksi ini adalah trend terkini untuk gadis-gadis moden yang diinspirasikan oleh Lisa Surihani sendiri. Jovian menerapkan gaya-gaya Lisa Surihani supaya koleksi ini sesuai dengan trend dan boleh digemari ramai.

 

Koleksi Lisa Surihani for Jovian 2.0 bakal menampilkan 50  rekaan yang terdiri daripada baju kurung moden, peplum, split curved, soft ruffle, dan juga potongan simetri. Bagi tema warna pula, koleksi ini menggunakan warna-warna yang menunjukkan kesegaran untuk pemakai.

 
ls20169283-copy
 

Kerjasama Lisa x Jovian ini juga turut menampilkan 20 rekaan pakaian kanak-kanak yang diinsipirasikan oleh cahay mata sulung Lisa, Yahaira Leanne.

 
1r1a1147-copy
 

“Saya dan Jovian, kami tidak pernah gagal untuk memberi sokongan terhadap sesama sendiri daripada dahulu lagi. Saya berasa amat berterima kasih terhadapnya kerana meletakkan kepercayaan yang begitu mendalam terhadap saya dan bagaimana dia menyalurkan sebahagian daripada diri saya untuk orang ramai melihat menerusi koleksi ini.” Lisa Surihani.

 

Nantikan pelancaran koleksi ini pada Februari ini!

See also
Cantik Untuk Media Sosial