Enam Gaya Terbaik Pasukan Olimpik 2016 - Glam Malaysia

Enam Gaya Terbaik Pasukan Olimpik 2016

Atlet Olimpik Rio 2016 kelihatan bergaya dengan seragam yang direka khas oleh pereka fesyen dan jenama terkenal sewaktu majlis perasmian Sukan Olimpik Rio. GLAM senaraikan enam seragam sukan Olimpik yang paling menonjol sewaktu acara perasmian Sukan Olimpik Rio.
 

 
Ralph Lauren- Pasukan USA

Ini adalah kali kelima Ralph Lauren mereka pakaian seragam untuk pasukan Amerika Syarikat. Seragam rasmi pasukan ini direka dengan palet bendera Amerika iaitu merah, putih dan biru. Pakaian seragam ini turut dilengkapi dengan navy blazer dan seluar denim putih serta kasut boat melengkapkan gaya Americana. Michael Phelps yang dipilih sebagai pembawa bendera untuk pasukan itu turut memakai jaket yang direka khas dengan motif electrominescent  ‘Amerika Syarikat’ di seluruh belakangnya.
 
https://www.instagram.com/p/BIwkl4xBnd-/?taken-by=hm&hl=en
 
H&M- Pasukan Sweden

Jenama high street, H&M mereka pakaian untuk pasukan Sweden dalam warna kuning terang  dengan stoking paras lutut yang direka dengan corak marble. Pembawa bendera Sweden, Therese Alshammar, digayakan dengan dress panjang dalam palet warna biru navy . Dress ini turut menampilkan skirt simetri yang dihiasi dengan kain daripada pakaian kitar semula dari jabatan Garment Collection Initiative H&M
 

 
 Stella McCartney- Pasukan Great Britian

Pereka dari British, Stella McCartney mereka seragam pasukan Great Britian berdasarkan siluet signature yang biasa ditampilkan dalam rekaannya. Atlet wanita digayakan dengan dress sporty navy blue dipasangkan dengan jaket putih. Bagi atlet lelaki terutama pemegang bendera, Andy Murray, menggayakan navy blue pea coat dengan perincian yang diilhamkan dari gaya tentera dan seluar pendek putih.
 

 
Lacoste- Pasukan Perancis

Pertama kali Lacoste mereka seragam untuk pasukan Perancis adalah untuk Sochi Winter Olympics 2014. Bagi majlis pembukaan sukan Olimpik 2016, atlet dari Perancis digayakan dengan seluar cropped putih, baju polo putih dan jaket biru navy– turut menampilkan logo buaya jenama itu yang disulam dengan warna bendera Perancis. Jenama ini yang diasaskan pada tahun 1924 oleh pemenang pingat Olimpik dan pemain tenis Rene Lacoste yang telah mereka pakaian podium pasukan itu daripada windbreakers dan sweatpants putih dan navy blue.
 

 
DSquared2- Kanada

Saudara kembar, Dan serta Dean Caten mereka pakaian seragam pasukan Kanada dengan mengambil ilham simbol daun mapel. Atlet dari Kanada menggayakan jaket streetwear dengan palet warna merah terang dengan simbol daun mapel putih di belakang jaket.
 

 
Christian Louboutin- Pasukan Cuba

Jenama dari Perancis, Christian Louboutin berkolaborasi dengan  concept store Sporty Henri untuk mereka seragam untuk majlis penutup sukan Olimpik pada 22 Ogos ini. Louboutin yang terkenal dengan rekaan kasut mewah bertapak merah, telah mereka sneakers dari kulit anak lembu untuk atlet lelaki dan sandal tumit rendah untuk atlet wanita. Atlet lelaki menggayakan jaket merah  dan seluar pendek manakala atlet wanita menggayakan jaket berona coklat dan dipadankan dengan seluar Capri.