Claire Danes Tampil Bak Cinderella Dengan 'Light-Up Dress' Di MET Gala 2016! - Glam Malaysia

Claire Danes Tampil Bak Cinderella Dengan ‘Light-Up Dress’ Di MET Gala 2016!

claire danes

Dalam waktu selebriti lain memilih untuk tampil lebih ‘chic’ dengan imej ala ‘grunge’ mahupun ‘pirate-themed misfires’ dan ‘flesh-flashing shock’, Claire Danes memilih untuk menggayakan gaun kembang yang bercahaya rekaan Zac Posen. Gaya karpet merah beliau cukup memukau dengan pesona bak Cinderella!

 

claire-full-front-zoom-2196e65b-30a7-4270-a0e9-7955dd73d75a

Gaun kembang yang beralun dengan ‘powder-blue confection’ itu membuatkan selebriti berusia 37 tahun itu mencuri perhatian lensa kamera dan setiap langkahnya menjadi buruan media untuk merakamkan persalinan yang penuh magik itu dengan lebih dekat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Claire Danes has set a new standard at the MET Gala with her phenomenal dress.

 

 

See also
Tiffany & Co. Semarakkan Lagi Aura Cinta Dengan Kempen #BelieveInLove

Walaupun sewaktu di karpet merah gaun tersebut kelihatan seperti gaun dengan potongan princess yang biasa, namun ketika dalam acara Gala tersebut barulah baju gaun tersebut benar-benar menyerlah dengan sinaran yang sungguh indah! Danes bertukar daripada Cinderella menjadi Puteri Elsa daripada Frozen ketika gaunnya bercahaya dalam gelap.

 

Pengkritik fesyen dan mereka yang mengikuti acara tersebut bersetuju bahawa bukan sahaja Zac Posen berjaya memenuhi tema futuristik dan pertembungan antara fesyen dan teknologi, malah pesona Claire Danes telah berjaya membuatkan dress tersebut memukau ramai sehingga menjadi bualan ramai di sosial media.