Calvin Klein Menawarkan Khidmat Made-To-Measure - Glam Malaysia

Calvin Klein Menawarkan Khidmat Made-To-Measure

Raf Simons yang dikenali dengan hasil couturenya semasa beliau bersama Dior kini mengembangkan sayap couture beliau di bawah nama Calvin Klein pula.

 

Calvin Klein bakal melancarkan khidmat busana-busana made-to-measure dan juga aksesori pada 1 April ini. Servis yang diberi nama Calvin Klein by Appointment ini menjanjikan pakaian-pakaian yang unik bagi mereka yang mahukan sentuhan Raf Simons dan Calvin Kelin untuk diri mereka.

 

Foto: Calvin Klein

“Calvin Klein bukan sahaja mengenai pakaian dalamn ikonik dan jeans–ianya adalah lebih daripada itu,” kata Raf dalam satu kenyataan.

 

Calvin Klein membuat pengumuman ini mellaui laman media sosial mereka dengan mengongsikan imej-imej model dan selebriti,  oleh Willy Vanderperre, memakai busana Calvin Klein by Appointment.

 

Imej-imej yang dikongsikan Calvin Klein itu juga mencerminkan perubahan trend daripada zaman 20-an sehinggalah kini dan dikeluarkan serentak dengan pengakhiran Women’s March di mana lebih kurang 5 juta wanita dan juga lelaki berarak secara aman di serata dunia.

See also
Galaxy Z Flip4: Peranti Terbaik Buat Ekspresi Diri

 

Foto: Calvin Klein

“Calvin Klein by Appointment 1-14 (nama kempen tersebut) adalah mengenai meraikan wanita Amerika dan juga fesyen Amerika,” terang Raf mengenai perkara tersebut.

 

Imej yang digunakan untuk kempen ini juga mempamerkan visi Calvin Klein dibawah arahan kreatif Raf Simons.

 

[envira-gallery id=”60932″]