Calvin Klein Memilih Paris Jackson Sebagai Muka Baru Mereka - Glam Malaysia

Calvin Klein Memilih Paris Jackson Sebagai Muka Baru Mereka

Walaupun hanya nama baru dalam dunia Hollywood, Paris Jackson sudah mula menempa nama step by step bermula dengan temubual ekslusifnya bersama Rolling Stones sebelum ini diikuti dengan beberapa kemunculan televisyen, menghadiri Minggu Fesyen, rakan-rakan Hollywood, dan bakal berganding bahu bersama Charlize Theron dalam sebuah filem triler.

 

Foto: John Angelillo/UPI Photo

Anak perempuan kepada mendiang raja pop Michael Jackson itu baru-baru ini dilaporkan oleh Page Six telah menerima tawaran (seven figures!) lumayan untuk menjadi muka baru kepada jenama ikonik Clavin Klein. Kempen fesyen pertama buat Miss Jackson!

 

Dia juga telah menjalani penggambaran ekslusif untuk Vogue Australia.

 

Foto: Jennifer Graylock/INSTARimages.com

Isnin yang lalu, Jakcson telah menghadiri MET Gala 2017 buat kali pertama sebagai tetamu kehormat Calvin Klein diiringi oleh Raf Simons sendiri sambil mengenakan busana daripada Claivn Klein by Appointment.

 

Satu sumber turut memberitahu Page Six bahawa “tawaran ini adalah untuk menjadikan Paris sebagai muka dan “badan” baru untuk Calvin Klein. Tawaran yang baru sahaja akan dipersetujui ini adalah satu tawaran yang besar. Nantikan kemunculan Paris dalam kempen-kempen dan acara karpet merah dalam Calvin Klein.”

See also
Fantasi Di Dolce & Gabbana

 

Jackson juga terkenal dengan pos-pos Instagramnya yang sangat terbuka dan jujur mengenai isu-isu yang tidak ramai orang suka bincangkan.

 

Semua sudah bersedia untuk legasi Michael Jackson?