Godaan Boy.Friend Dari Chanel - Glam Malaysia

Godaan Boy.Friend Dari Chanel

Teks oleh: Zuhairie Sahrom
 
Achingly beautiful! Boy.Friend dipertontonkan dengan sentuhan baru. Jam tangan yang menjulang cita rasa maskulin sekaligus melambangkan keseimbangan dan kesempurnaan antara jantina ini berhembus minimalis.
 
Hadir dengan Boy.Friend Pave, Steel Alligator, Arty Diamonds dan Tweed di Baselworld 2016, Chanel memperluaskan nukilan siri jam tangan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Terlahir daripada kecekalan dan semangat para artisan mereka, himpunan jam tangan ini adalah lambang keseimbangan jantina langsung reka bentuknya terinspirasi daripada penutup botol wangian ikonik lagi legenda, N°5 dan Place Vendôme. Ciptaan yang berteraskan ketenangan, reka bentuk halus, clean lines dan signature yang tersendiri. Boleh diertikan dalam dua arus baik kontemporari mahupun klasik, kemasannya bergilap lembut mendedahkan satu kesempurnaan.
 
Sofistikated, jam tangan ini sempurna sekali kala dipadankan serba kasual mahupun siap berdandan dalam persalinan gaun malam. Chanel mengadaptasi ciptaan jam feminin pertamanya, Premiere ke dalam rumpun maskulin lantas berjabat mesra dengan seni ketukangan yang terperinci.
 
Boy.Friend Arty Diamond diperbuat dalam case emas putih 18 karat lantas bersulamkan butiran intan berlian yang menghiasi pada bezel dan dail jam tangan. Memeterai kehendak wanita hari ini, ia dikuasakan secara manual lalu disempurnakan dengan permukaan gelas nilam. Arty Diamond bersaiz 28.60 x 37.00 mm terbias cukup mewah kala memakainya ke majlis rasmi.
 
Boy.Friend Steel bernadikan pergerakan kuarza lengkap dengan tetingkap tarikh pada pada indeks masa jam enam. Digilap dalam kemasan satin lembut, terus mempertontonkan kerangka garis sisinya yang terletak. Jam ini diperbuat dari keluli tahan karat bersaiz 26.70 x 34.60 mm. Lalu, disempurnakan dengan tali kulit buaya bagi menpertontonkan paduan rasa maskulin dan feminin.
 
[soliloquy id="48426"]
[soliloquy slug="boy-friend"]