Booties Kristal $10,000 Yves Saint Laurent Menjadi Kegilaan Ramai - Glam Malaysia

Booties Kristal $10,000 Yves Saint Laurent Menjadi Kegilaan Ramai

[envira-gallery id=”64307″]

Sepasang slouch booties daripada koleksi Saint Laurent oleh Anthony Vaccarello semasa pertunjukan A/W ‘17 awal bulan ini di Minggu Fesyen Paris telah menarik perhatian penggiat fesyen dan mereka sudah tidak sabar untuk memilik slouch booties tersebut.

 

phresh out da runway I ❤ @ysl

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

Tatkala Rihanna membuat kemunculan sambil memakai booties dengan kemasan kristal berkilau tersebut, permintaan semakin melonjak dan butik-butik seperti Saks Fifth Avenue dan Bergdorf Goodman menyatakan bahawa mereka kini mempunya senaria menunggu yang panjang untuk booties tersebut.

 

Sebaik sahaja kasut but ini boleh didapati di butik-butik mewah, penggiat fesyen harus bersiap sedia untuk membelanjakan $10,000 untuk sepasang but tersebut. Harga yang sesuai untuk sepasang but dihiasi dengan lebih kurang 3000 biji kristal.

 

Untuk mereka yang tidak sedap hati menunggu ataupun terkejut dengan harga but kristal ini, mereka masih boleh mendapatkan but-but stail slouch ini dalam versi kulit yang menawan.

See also
Inspirasi Fesyen Daripada Street Style Kota Paris