Taylor Swift Akhirnya 'Berdamai' Dengan Katy Perry Dalam Video Muzik 'You Need To Calm Down' - Glam Malaysia

Taylor Swift Akhirnya ‘Berdamai’ Dengan Katy Perry Dalam Video Muzik ‘You Need To Calm Down’

Tidak sampai sehari video muzik terbaru Taylor Swift berjudul You Need To Come Down dimuat turun di YouTube, kutipan tontonan kini sudah mencecah 17 juta. Sebelum ini, peminat Taylor sudah mulai teruja apabila penyanyi Taylor Swift mengumumkan menerusi satu entri di Twitter dan Instagramnya pada Ahad  dimana dia bakal menampilkan rakan-rakan selebriti dalam video muzik terbaharunya You Need To Calm Down. Antara artis yang terlibat ialah Adam Lambert, Ryan Reynolds, Ciara, Ellen DeGeneres, RuPaul dan ramai lagi.

Namun sampai ke minit 2.44 saat, peminat dilihat ‘menggila’ sekali lagi apabila video muzik ini menampilkan seorang lagi artis hebat dan juga seteru Taylor iaitu Katy Perry yang tampil secara eksklusif menyarung kostum burger. Yang pasti, penampilan istimewa Katy Perry menamatkan spekulasi mereka berdua masih bergaduh dek isu perebutan penari latar yang berlaku sekitar 2015, sehingga membawa kepada peperangan ‘single’, di mana khabarnya lagu Taylor “Bad Blood” adalah berkisar Katy. Setahun kemudian, Katy muncul pula dengan single “Swish Swish” seakan membalas dendam terhadap Taylor.

See also
20 Gaya Glamor Selebriti Di Karpet Merah Bafta TV Awards

Terdahulu, Taylor Swift turut menghantar biskut kepada Katy Perry dengan menulis “Peace At Last” di atas pinggan tersebut. Sama-sama kita doakan perhubungan baik mereka berkekalan dan tiada lagi catfight antara mereka. Jom kita saksikan video muzik Taylor Swift-You Need To Come Down melalui pautan di bawah.