Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019

Berita, Fesyen

Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019

509

Kempen Autumn/Winter 2019 Burberry akhirnya tiba dan diterajui dua supermodel handalan dunia, Irina Shayk dan Gigi Hadid. Jenama fesyen Ricardo Tisci kali ini berkolaborasi bersama dengan jurukamera hebat Danko Steiner dan Nick Knight. Video kempen ini menyaksikan Irina dan Gigi serta model lain memperakan koleksi ini di pantai.

Jelas Irina, beliau menyukai arahan dan visi untuk koleksi Burberry baru ini. Ada elemen genius dalam kreativitinya, dan ia nyata mengujakan. Apatah lagi bekerjasama dengan dua jurukamera hebat, bersama pasukan yang komited untuk kempen ini.

Gigi menambah pula, “Koleksi Burberry ini benar-benar menangkap perspektif lain serta personaliti dunia hari ini, dan saya boleh merasai hubungan ini secara peribadi. Koleksi ini turut berbicara kepada sisi feminin saya – ia lebih formal namun nyata rumit namun menawan”.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *